Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

4/13/2016

Dilemma Rindu Buatmu

Senja 12 April 2016                                                                           
Aku merenung sinar lemah matahari dibalik belahan banjaran titiwangsa,  sinar kemerahannya,  membawa fikiran ini,  kerinduan ini meneroka jarak 206 kilometer. Membelah rintangan angin dan aliran sungai.
Apa khabar kau sayang?  Masihkah merindui ku?  Insan biasa ini.

 
Memang aku akui,  terlalu banyak kesalahan diri ini pada mu,  namun bukan sengaja. Keadaan sekarang terlalu banyak berubah, tugasan kali ini terlalu tinggi komitmennya, suka atau tidak perlu hadapi dengan berani,  kena yakin ini ujian buat hamba ini,  namun dalam masa yang sama dirimu jadi mangsa keadaan,  ada kala keadaan ini buat fikiran selalu tertekan,  bukan kerana tugasan tapi rasa berdosa kerana mengabaikan kamu.
Seringkali tertanya dari sudut jauh naluri lelaki ini,  mengapa kau perlu menjadi mangsa keadaan,  sedangkan kau hanya perlu tempat berkasih dan bermanja. Ia bukan terlalu sukar untuk dilakukan komitmen membatasi segalanya. Namun tanpa komitmen tentu sekali perut ini akan kelaparan, jadi apa harus aku lakukan untuk kamu?  


Hela nafas kesal ku hambur,  aku mendongak kelangit, memohon agar tuhan turunkan kekuatan dalam diri ini.
Hati ini masih memberontak memaki kekurangan diri ini. Sesekali aku berdoa agar hatimu sabar dalam dugaan ini,  moga hatimu kuat untuk terus melayari kasih bersamaku.
Cahaya makin kurang,  pohon pohon sekitar kian berbalam sudah lebih satu jam aku disini,  berbisik pada alam tentang kekurangan diri gagal menjaga perasaan insan kesayangan sebaiknya.
Jumpa lagi semua,  teman baik ku pokok pokok hutan,  air kolam, rerumput aku akan datang lagi bila berkesempatan,  terima kasih sudi mendengar bicara ku
Untukmu sayang...  Maaf seadanya.


Salam sayang dan kucupan mesra di dahimu .
Assalamualaikum .....