Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.
Memaparkan catatan dengan label Aku Dan Perjalanan ini.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Dan Perjalanan ini.... Papar semua catatan

9/19/2016

Misteri Terjawab Akhirnya.. .

 Kali terakhir ia dilihat berada diatas meja komputer sekitar jam 5 pagi, dibawah kesuraman cahaya lampu,  tiada siapa pedulikan dia disitu..
Tiada siapa pedulikan dia,  aman tanpa gangguan..
Jam 0900 hrs kehilangan disedari,  cukup misteri,  berbagai persoalan memukul di hati,  kemana hilangnya dia,  apa mungkin cahaya suram subuh tadi telah menjemput dia ke alam lain?
Misi mencari dan menyelamat dijalankan,  bermula jam 1000 hrs,  segenap sudut telah menjadi sasaran,  setiap arah adalah kemungkinan ia berada.
Misi S A R dihentikan jam 1230 hrs,  rehat makan tengahari.
Misi diteruskan jam 1330 hrs..  Panggilan tidak memberi sahutan,  tiada respond,  cukup misteri kehilangan kali ini,  keanehan yang terlalu jauh untuk sebuah jawapan..  Seram dan panik menguasai diri,  jam 1600 hrs  misi dihentikan atas permintaan pasukan S A  R,  rancangan kartun menjadi pilihan santai untuk pasukan berehat dan terlelap.
Dua belas jam berlalu tanpa berita,  tiada sebarang tanda,  tiada isyarat ping dikesan..  Aneh cukup aneh..  Keluasan 22x90 kaki persegi telah hampir selesai diteroka,  namun tiada   sebarang jejak atau petanda kehadiran nya,  dan tiada pemetaan di lakukan .
Aku sangat kehairanan ternanti nanti sesuatu dan sangat berharap ia masih bernyawa.
Resah memuncak ketika malam berganti,  dan keputusan dibuat,  beli baru jelah dah hilang nak buat macam mana..  Dan otak ku masih berkira kira dengan modal yang rendah jenama apa yang termampu,  bagi menggantikan nya.
Paginya aku bertugas seperti biasa.. . Tanpa kehadiran dia.
Dan detik terakhir dalam satu jawapan pasti..  Ketika aku membuka peti ais untuk mengambil minuman berkarbonat...  Ya Allah kat sini kau rupanya..  Aku bungkam seketika, tiada kata dapat di ucapkan, penat mencari sekitar rumah dalam peti ais rupanya..  Sabar je..  Sah tidak bernyawa lagi.. . Aku biarkan seketika biar hilang sejuk..  Aku pacak kan jet pengecas di lubang nya.. Aktiviti mengecas bermula,  syukur masih elok .
Jam 2100 diaktifkan semula..  Dan maaf semua atas kesulitan..  Dan ... Dukeeeeeeee!!! !!! Aduhai.

Keadaan selepas 20 jam dalam peti ais.
Sabar jelah..  

8/31/2016

Keletihan...tidur sekejap.

Pemanduan dari tempat kerja ke Temerloh.. 
Terpaksa parking sekejap...  Letih teramat dan mengantuk..
Jom tidur...😴

12/07/2015

Adakah ini satu perjuangan?...

   Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki normal sejak tahun itu, bulan itu, saat itu..
aku juga membesar sebagai lelaki normal, walaupun bentuk badan tak sado, tapi itulah aku
aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, ya di satu tempat terpencil di sebuah kawasan penempatan di sekitar Pahang, membesar dengan teman-teman sebaya aku penuh dengan suka dan duka, tapi bukan ini kisah yang nak aku cerita, belum lagi...

   Sampailah masa untuk aku berdikari hidup dengan haluan sendiri, membawa nasib jauh ke kota di hujung semenanjung yee itulah dia Johor Baru, tapi lebih dikenali sebagai JB. Hidup disini memang penuh dengan keseronokan macam macam ada, apa yang tak pernah aku lihat di kampung semua ada disini, cuma yang tak ada keluarga aku, lama juga aku di JB dua tahun kira-kira adanya, lama kelamaan aku rasa bosan dengan gaya hidup disini, gaji tak pernah cukup untuk sebulan walaupun pada ketika itu pendapatan aku dikira sangat lumayan, tapi apa boleh buat dek keseronokan aku lupa dunia, tak pernah teringat langsung untuk meyimpan di hari tua, yelah mana nak ingat kan, masa tu aku muda belia lagi belum pun capai 20 tahun..

   Bandar JB aku tinggalkan walaupun banyak kenangan tapi aku tak peduli lagi, lantaklah aku nak merasa negeri-negeri yang lain pulak, kemudian ke Melaka negeri kelahiran aku, Selangor,Negeri Sembilan dan aku mula malas untuk berhijrah lagi dengan alasan dah semakin berumur, sampai bila aku nak kehulu kehilir tiada arah tujuan.

   Dengan bantuan seorang jiran yang ku panggil kakak aku mendapat kerja dan aku tak pernah sangka kerja ini kekal dengan aku sampai hari ini (mungkin kerana doa dari kedua orang tuaku).
empat tahun selepas aku bekerja orang tuaku mula bising, bila kau nak kawin ni? soalan biasa yang aku dengar, sampaikan kadang-kadang aku sengaja balik awal ke negeri sembilan sebab tak tahan dengan soalan cepu emas yang diberi.

  Setahun selepas itu ya masih segar dalam ingatan, aku bertemu jodoh dengan isteriku, namun sebulan sebelum kami diijabkabul aku menerima dugaan yang berat dan masih aku tanggung sehingga kini.
   Pada bulan May 2005 aku disahkan menghidap penyakit  Hyper Thyroid, sangat aktif hingga berat badan menyusut dengan terlalu pantas. Dari 65kg turun ke 40kg tak sampai 2minggu, pelbagai rawatan aku cuba dari hospital hinggalah ke rawatan alternatif, namun semuanya buntu, kadar pemulihan sangat perlahan, dalam masa yang sama kesihatan aku juga makin merosot, mata mula membengkak seakan akan terkeluar dari soketnya, telalu mudah demam, dan apa yang lebih menakutkan aku selalu bermimpi buruk, lemah daya ingatan dan mula jadi seorang yang terlalu beremosi.
Bersambung...