Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

12/18/2015

Hari Ketiga.

Aku masih ingat, sepatutnya pagi ini kita berbalas utusan.                    Sesekali kau akan merajuk,  aku akan cuba menyusun kata-kata lebih baik untuk memujuk.
Tapi pagi ini,  semuanya kosong.
Kata manis mu tiada, panggilan sayang mu tiada, ucapan salam mu tiada, ruang hatiku kosong hampa.
Apa pun aku tetap nantikan nya, tetap akan menunggu saatnya tiba untuk nikmati hari-hari indah seperti sebelumnya..... 


Malam ini aku terpaku, perasaan duka memecah empang air mataku, tak sanggup rasanya melihat kau derita sayang, 
Sabarlah, kuatkan semangat mu, aku ada malah sentiasa ada menemani mu biarpun kita jauh.
Ingin ku dakap kau jauh...
ingin ku belai kau jauh...
moga segalanya akan kembali seperti sediakala...
edit
19/12/15
SP
From ZTE Blade Q Lux

Hari Kedua

Sepi menjadi teman, ia bagai lembing menikam tepat ke jantung, malam makin larut bersama derai hujan.
Tubuh lesu bersandar didinding sejuk, kata-Kata bukan lagi teman sejati.
Dunia ku bungkam tanpa ketawa mu tanpa rajuk mu.

Kau berbaring, bergelentang berteman airmata, aku pilu berteman rindu yang meyiksa...
Percayalah aku bersamamu, kita satu biarpun jauh kita, sama biarpun hakikatnya berbeza............. 
Kita disatukan dalam perasaan ....
                       
Sedang apa kau sekarang manja, rindu juakah padaku?
andai kita dalam hari-hari biasa, tentu aku sedang merenung matamu..
atau mungkin kau sedang menggangu perasaanku, kau nakal.. ya nakal aku tetap kenang itu sebagai kamu.
12.40am
pagi jumaat yang sepi..
From ZTE Blade Q Lux

12/16/2015

Hari Pertama

Walau apa pun ia memang menyakitkan.

Esok, dalam kecerahan pagi.. kau akan pergi..
Esok, akan bermula hari-hari sunyi tanpa gurau mu,
Esok, aku akan mula merindui kenakalan mu,
Esok, tiada lagi rajuk mu,
Esok, aku akan mula rasa, aku akan kenal apa itu rindu
Esok , aku akan menghitung hari-hari menanti detik kepulangan,

Apa pun aku berharap kau akan baik-baik sahaja,
Semangat ku akan bersama mu,
Semangat ku akan meresapi segenap urat nadi mu,

Apa pun yang akan ku rasa biar ia tetap di sini...

asalkan kepulangan mu nanti bersama kebaikan..
jumpa lagi sayang..



Decoctions of Jimsonweed Slimy trailing plants distil Claustrophobia and blood mixed seed Cursed downstairs against my will Cobweb sticks to molten years Cockroaches served with cream I wipe the silver bullet tears And with every tear a dream With every tear a dream... Honey tea, psilocybe larvae Honeymoon, silver spoon Psilocybe tea Energy trickles with the tide Masterminds and the suicide squad Drink acid water by my side Stake the saviour of their daily fraud Overfilled toothpaste tubes Sleepless and timeless faces Drippety drop on sugar cubes The one eyeds eye twinkles and gazes Twinkles and gazes... Honey tea, psilocybe larvae Honeymoon, silver spoon Psilocybe tea

12/09/2015

Trip Terkejut !!!


   Aku betul-betul dah tak boleh tahan, kepala berserabut dengan masalah yang tak henti-henti bertandang, Hmm..  Tekanan.. Ye tekanan, jadi Ahad lepas, aku ambil keputusan yang sangat nekad, se nekad pengebom berani mati.. Hehe cakap je tapi aku bukan berani sangat pun,  
   Sepanjang perjalanan dari jelebu, otak aku dah mula terbayang sungai teriang yang keruh airnya, yang kaya dengan misteri,  yang banyak pejuang-pejuang berani mati..  Ye baung dan patin maksud aku,  hihi..  Hmm..  Tapi aku belum beli umpan, jalan yang aku ikut hari tu, memang tak ada kedai menjual umpan, otak ligat mencari idea untuk keluar ke pekan kemayan setelah sampai ke kampung,  Yelah kalau alasan nak keluar beli umpan, memang mak datin sorang ni takkan bagi pergi..  Kalau lepas pun pasti muncung panjang sampai ke malam , fikir punya fikir dapat la idea, memang kebetulan aku ada janji dengan member nak jumpa hari tu,  So ejas plan,  jumpa dekat kemayan,  Hehe.. Lepas je selesai urusan dengan member aku pun tak berlengah lagi, terus terkam kat  kedai pancing....
   Baru cadang nak beli cengkerik dua ingit... Tapi amoi yang jaga tu terus je cakap, pak cik cengkerik hidup dah tak jual..  Aku terkesima kejap..  Dalam hati menyumpah,  ada ke patut aku di pakcik kan nya..  Dah la tu cengkerik dah tak jual pulak,..  Habis jahanam plan aku, masa tu angin kus-kus mula datang, badan aku mula rasa macam nak demam, peluh jantan dan pempuan mula merenik dari kaki rambut yang baru nak tumbuh, ''apasal moi tak mau niaga lagi ka?'' aku bersuara kepit ala-ala datuk syukuri.. Amoi tu senyum manja kat aku,  hampir-hampir aku rebah ke lantai sambil mulut berbuih, dek tergoda dengan senyuman manja amoi tu..  ''takde pakcik,kita jual cengkerik dalam tin je sekarang''.. Aku terus tersedak asap rokok secara automatik,rokok John di antara jari telunjuk dan jari hantu di tangan kiri hampir terlepas sepitan nya, riak muka berubah (mujur sempat kawal) ''Aik dalam tin'' aku menyuarakan keanehan, pelik tapi betul, mataku terpacak penglihatan nya pada susunan tin yang di tunjukkan pada aku jelas tin hijau tu tertulis ''omega crickets''.
                                                Cengkerik dalam tin... dah macam sardin pulak aku tengok...haha !!!                                 
             



















Ok ... tak apa aku cuba sebab tak banyak pilihan.. bukan tak banyak tapi senang cakap tak ada pilihan lain memang tu je yang ada nak buat apa lagi kan, ''berapa harga ni moi'' tanya ku lagi, ''lima ringgit setengah je pak cik''... dia menjawab sambil tersengih-sengih, aku sabar je dengan amoi sorang ni, nak aku lempang kang anak orang, tapi di pak cik kannya aku, sabarrr... sabarrrr...
Lepas aku bayar harga terus aku blah dari kedai pancing tu, dengan fikiran sedikit buntu,pelik dan angin satu badan (sebab amoi tu panggil aku pak cik...) ade ke patut, aku yang muda remaja ni di panggil pak cik... aku menggumam sendiri,
Skuter Demak hijau aku pecut selaju 60kmj, biar cepat sampai rumah, tak tahan dah nak pergi memancing ..
sampai je aku terus cari barang-barang pancing yang dah berbulan tak aku usik, belek beg, joran tapi pisau aku tak jumpa, adoiii... penting tu pisau kena ada, apa-apa mara bahaya tulah yang sangat perlu.. tak pelah pinjam je parang orang tua aku, heheh... tapi kasut but takde hmm, tak pelah pakai slipar aje.
   Ok hari ahad tu aku berteman dua set alatan memancing, kekili Tohu Shima saiz 500 (sebutan Togu Shima) dengan jenama Pioneer Hercules bersaiz 500 juga.. Kecik tapi kuasa boleh di harap, sebab pernah naikkan empat ekor patin bersaiz 1~2kg dengan peralatan mikro ni... macam tak caya kan, tapi memang betul.. apa yang perlu dalam dunia pancing adalah teknik dan kemahiran, dapat tak dapat tu rezeki. Aku memang suka sangat guna peralatan mikro sejak kebelakangan ni, kenapa... haa..  sebab keseronokan ketika bertarung lebih tinggi.... lenturan joran, kawalan tali dan secara tak langsung ia mengajar kita sesuatu .. Sabar..

   Ok .. sambung cerita... sekitar jam 2.30pm aku berlepas dari rumah ke lapangan memancing, gerak hati aku lebih ke arah matahari terbenam, ok tak pe aku ikut, sebenarnya aku tak sasarkan tangkapan hari ini, tapi lebih sekadar lepaskan tension... Ok lubuk pertama aku singgah, tapi malang dah ada orang, memancing dari bot fiber..
Lubuk Pertama..
Ok tak apa bukan rezeki nak duduk sini, aku hidupkan enjin motosikal modenas hitam, dan berlalu (tak boleh bawak skuter takut roboh enjin hihi...)... beberapa selekoh sungai aku singgah tapi hati tak berkenan, aku tarus bergerak dengan motosikal modenas ku... Dan nah... satu lubuk baik .. tempat teduh dan selesa..
Lubuk kedua..

Walaupun aku tak sasarkan sebarang tangkapan tapi kedudukan tetap kena sesuai, yelah nak bersantai la katakan...
Ok aku mula membuka tin cengkerik yang aku beli tadi.. hmmm...

ni dia isi dalam tin tu... waaa... menarik...
Ok nampak mantap juga cengkerik dalam tin ni, tak apa kita cuba dulu baru tau power ke tidak cengkerik dalam tin ni.....
Masa terus merangkak pergi, aku bersandar di pangkal sawit, sambil merenung jauh ke selekoh sungai, sesekali memerhati ke arah joran, dengan harapan ada renggutan dari penghuni sungai triang ni......Tapi yilek.. satu renggutan pun tak ada, mujur ada bawak hand phone baru hehe, jadi nilah gambar-gambar yang terhasil dari hand phone baru ZTE Blade Q Lux yang aku beli dengan harga Rm100.

   Akhirnya sampai ke sudah ikan tak makan umpan, jam pula dah tunjukkan waktu 6.30 petang, bateri hand phone pun dah habis.. jadi aku ambil keputusan untuk balik, haha.. senang cerita memang bangau terus aku hari tu, usah kata patin atau baung, anak seluang pun tak jamah umpan, tapi takpelah... aku pun tak sasarkan apa-apa tangkapan, cuma nak melepak sambil tenangkan fikiran .. lagi pun aku suka duduk tepi sungai macam ni sorang-sorang, aman damai... dan juga dapat penuhkan paru-paru dengan udara bersih lagi segar, jauh dari bising bunyi kenderaan dan sebagainya.
Ok lah rasanya cukup sampai sini cerita aku.. mana tau minggu depan ada rezeki nak pergi memancing lagi..
hah, yang pasti aku kena guna cengkerik dalam tin pulak lepas ni, keh keh....Oh ye cengkerik dalam tin yang aku guna hari ahad tu, aku bagi ke mak aku sudahnya, suruh dia bagi ayam dengan ikan puyu dia dalam akuarium makan..
Sekian... jumpa lagi pada trip akan datang InsyaAllah..
Assalamualaikum...
aku3sukugila@gmail.com
mula hari isnin sampai hari ni baru siap tulis... haha Sibuk Bro..
9.19pm
9 november 2015

12/07/2015

Adakah ini satu perjuangan?...

   Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki normal sejak tahun itu, bulan itu, saat itu..
aku juga membesar sebagai lelaki normal, walaupun bentuk badan tak sado, tapi itulah aku
aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, ya di satu tempat terpencil di sebuah kawasan penempatan di sekitar Pahang, membesar dengan teman-teman sebaya aku penuh dengan suka dan duka, tapi bukan ini kisah yang nak aku cerita, belum lagi...

   Sampailah masa untuk aku berdikari hidup dengan haluan sendiri, membawa nasib jauh ke kota di hujung semenanjung yee itulah dia Johor Baru, tapi lebih dikenali sebagai JB. Hidup disini memang penuh dengan keseronokan macam macam ada, apa yang tak pernah aku lihat di kampung semua ada disini, cuma yang tak ada keluarga aku, lama juga aku di JB dua tahun kira-kira adanya, lama kelamaan aku rasa bosan dengan gaya hidup disini, gaji tak pernah cukup untuk sebulan walaupun pada ketika itu pendapatan aku dikira sangat lumayan, tapi apa boleh buat dek keseronokan aku lupa dunia, tak pernah teringat langsung untuk meyimpan di hari tua, yelah mana nak ingat kan, masa tu aku muda belia lagi belum pun capai 20 tahun..

   Bandar JB aku tinggalkan walaupun banyak kenangan tapi aku tak peduli lagi, lantaklah aku nak merasa negeri-negeri yang lain pulak, kemudian ke Melaka negeri kelahiran aku, Selangor,Negeri Sembilan dan aku mula malas untuk berhijrah lagi dengan alasan dah semakin berumur, sampai bila aku nak kehulu kehilir tiada arah tujuan.

   Dengan bantuan seorang jiran yang ku panggil kakak aku mendapat kerja dan aku tak pernah sangka kerja ini kekal dengan aku sampai hari ini (mungkin kerana doa dari kedua orang tuaku).
empat tahun selepas aku bekerja orang tuaku mula bising, bila kau nak kawin ni? soalan biasa yang aku dengar, sampaikan kadang-kadang aku sengaja balik awal ke negeri sembilan sebab tak tahan dengan soalan cepu emas yang diberi.

  Setahun selepas itu ya masih segar dalam ingatan, aku bertemu jodoh dengan isteriku, namun sebulan sebelum kami diijabkabul aku menerima dugaan yang berat dan masih aku tanggung sehingga kini.
   Pada bulan May 2005 aku disahkan menghidap penyakit  Hyper Thyroid, sangat aktif hingga berat badan menyusut dengan terlalu pantas. Dari 65kg turun ke 40kg tak sampai 2minggu, pelbagai rawatan aku cuba dari hospital hinggalah ke rawatan alternatif, namun semuanya buntu, kadar pemulihan sangat perlahan, dalam masa yang sama kesihatan aku juga makin merosot, mata mula membengkak seakan akan terkeluar dari soketnya, telalu mudah demam, dan apa yang lebih menakutkan aku selalu bermimpi buruk, lemah daya ingatan dan mula jadi seorang yang terlalu beremosi.
Bersambung...

12/05/2015

Adakah kau akan kembali?


Aku menatap papan kekunci ini dengan wajah kelesuan, letih, cuba mencari penjelasan, titik kesalahan nyata... bersalahkah aku...
Andai benar mungkin seisi dunia sedang memaki aku.... haruskah aku lepaskan empang air mata ini lagi? yang sudah tentu rasanya masin...
Bayu syurga siang tadi tiba-tiba berhenti berhembus, gelojak perasaan bagai api disiram air... semuanya terhenti. Aku bagai kehilangan sesuatu, sukar untuk dizahirkan perasaan ini....malam terus bungkam bisu tanpa suara.



sesekali aku merenung keluar, malam terus merangkak perlahan lahan, jari-jari ini seakan tidak lagi mampu untuk teruskan bicara, ya aku lemah tanpamu senyummu bisik rindumu dan semuanya, mata ini ..... Sabar jelah.. 
Entah pukul berapa aku terlelap,tak pasti.. 
aku3sukugila@gmail.com 
Pulanglah sayang

12/03/2015

Mengapa ? (Bicara Gothic)

  Sejahtera buatmu...
Renik renik embun mula membasahi bumi, namun mata ini masih lagi tak mampu dilelapkan, kesunyian kah aku?..
Sejak bicaramu berakhir tadi semuanya seakan kosong, hitam dan kelam, sesuatu bagai telah di rampas dariku...

Mengapa? perlukah semua ini dirasa dan dinikmati, sedangkan ia sangat pedih, sangat melukakan bukan sahaja hati tapi semuanya, termasuk pankreas,buah pinggang dan lain-lain.
Susah untuk aku bicarakan tapi mungkin ini mampu menjelaskan apa yang tertikam dilimpa ini.

                                          thanks to Poisongirl17 (for upload this song)
                                         
                                           if i tell you
                                           will you listen?
                                           will you stay?
                                           will you be here forever?
                                           never go away?

                                           hold me tight

                                           never thought things would change
                                           a bitter thought
                                           please don't say again
                                           that you have to go
                                      
                                           i had it all
                                           since your gone

                                           but i just let it go

                                           oh this silence
                                           it's so violent

                                           i will be waiting for you


                                           

                                          all my thoughts are with you forever
                                          until the day we'll be back together

                                          never went away


                                          if i had told you

                                          you would have listened
                                          you had stayed
                                          you would be here forever
                                          the sweetest thought

                                          it would never have been the same

                                          all our time
                                          would have been in vain
                                          cause you had to go 

                                          i had it all

                                          until the day we'll be back together

                                          cause i did let you go

                                          all our moments
                                          keep me warm
                                          when you're gone
                                                      
                                          all my thoughts are with you forever
                                           i will be waiting for you.



aku3sukugila@gmail.com
3Disember2015
4.38pagi Khamis..





11/25/2015

Ini Janji...

   Naluri ini dapat rasakan, ye ia sangat jelas dan terang (tak payah lampu suluh lagi). Aku tau kau merajuk, tapi semuanya tak dapat aku elakkan, bukan kerana terpaksa tapi ia tanggungjawab, wajib bagi diriku manja wajib bukan sunat dan sebagainya. Janji yang bukan aku penulisnya tapi janji Tuhan janji pencipta,suka atau tidak aku kena ikrar kan nya. Dan aku sekadar menjalankan janji dan tanggung jawab.

   Maafkan aku manja, aku berdosa kerana melukakan hatimu, aku berdosa padamu manja.
Namun andai kau tak mahu memaafkan aku, aku terima aku tahu aku bukan insan sempurna namun aku berusaha untuk sempurnakannya walaupun tak mungkin ia menjadi realiti.

   Mungkin kini matamu berkaca, maaf ku pinta bukan aku sengaja
   Mungkin kini hatimu kecewa, maaf aku bukan sengaja.

   Tapi ada sesuatu yang harus kau percaya. Ingat janji semalam?
'With blood and soul'
   Bukan satu kata-kata kosong,    percayalah.

Hanya masa menjadi saksi.
aku3sukugila@gmail.com
NC
3.13pm
Petang Rabu

11/23/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Serangan Asyik Dan Syahdu.(buat siapa lagi kalau bukan dia)

Manja, petang tadi hujan... aku rempuh juga untuk sampai kemari kerana rindu mungkin, kerana risau mungkin... hmm entahlah aku sendiri tak faham perasaan ini sekarang.
segalanya sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata apatah lagi dengan teks, terlalu sukar....
Tapi yang pasti aku tetap juga ingin menaip, satu ketagihan yang sukar dibendung, hobi yang sukar dibuang ya menghentak papan kekunci buruk ini dengan jari jemari ku.,

Manja, perlahan-lahan kubuka lembaran-lembaran maya, kutatap ku belek satu persatu... wajahmu..  aku seakan-akan mencari sesuatu disebalik wajahmu tapi aku tak pasti apa yang kucari, cinta? harapan? kasih? arghh!!!! aku tak pasti.. sungguh aku tak pasti, sesekali aku mengepam asap beracun dari pipa yang setia bersamaku... cuba mencari apa yang kurang atau sesuatu yang mampu kujadikan motif, err motif apa batik? hmm entahlah, semuanya buntu, sesak lagi menyesakkan.. kepalaku seakan-akan dibentur dengan sesuatu, sesekali terasa pening atau sakit ,entah aku sendiri tak pasti memang tidak langsung dapat bezakannya, pening atau sakit..

Apa yang aku risaukan sebenarnya? adakah aku takut kau tinggalkan aku manja?
Entahlah susahnya nak cerita, bagai bergelut dengan perasaan yang tiada penghujung,
Manja, persoalan memang sering bermain difikiran ini adakala buat otakku sebu dan kejang bila ia hadir
puas juga aku cuba hindari persoalan, letih juga aku cuba tinggalkannya, namun ia tetap mengekori ku.. tetap ada dalam otak ini  melekat bagaikan trojan.. Maka aku biarkan ia hadir, aku tadah semuanya aku akan bersandar bila letih memikirkannya. Walaupun bukan bersandar padamu aku tetap membayangkannya, aku rasakan kadangkala dinding konkrit itu selembut kamu manja.

Manja, malam kian larut... rasanya aku perlu tinggalkan komputer buruk ini, aku perlu tinggalkan papan kekunci buruk ini.
Sesungguhnya tak terucap dengan zahir rindu ini buatmu, namun aku sedar.. tak mungkin ia kemana-mana hanya bermain dengan perasaan yang adakala.......(blurrr... mmg blurr)



Jammm.....
aku3sukugila@gmail.com
8pm ~ 9.53pm
SP
23/11/2015
malam selasa.. :b

11/22/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Bicara buat kau..(dia lagi)...

Setelah 1 jam ribut gelora di tempuhi(tempuh hujanlah jangan fikir macam-macam), bagai terhapus kerinduan ,siksa minit-minit rindu yang dilalui bagai tak terasa ia satu siksaan.
kini sekujur tubuhku kelesuan, tidak terzahir dengan teks yang terhasil dari ketukan papan kekunci buruk ini, bantal kulihat terlalu mesra buatku, dakapan tilam empuk sangat meransang mata untuk lena dipangkuan nya.
bakal bermimpikah aku petang ini.?

Ya andai mimpi tiba untuk menemani ku, biarlah ia seindah senyuman kau, biarlah ia semesra kepitan bibir yang indah itu, sungguh aku mendambakannya, dan andai benar ia tiba sebegitu mungkin aku rela untuk kekal berada dalam mimpi selamanya, kerana realiti hidup tak mungkin ia berlaku. Tapi buat ketika ini biarlah aku dalam dakapan tilam yang mesra, biarlah bantal menggantikan peha empuk untukku berbaring.

Manja, terimakasih kerana merindui ku, tiada lagi kata yang mampu di ucapkan selain ini untuk kau.
Manja, terimakasih kerana tidak lupa padaku, tiada lagi kata yang boleh menggantikan  ucapan ini.
Manja, senyum mu  merawat luka-luka pada minit yang menyiksakan.
Manja, mata mu  tiada lagi kaca-kaca air, yang membelah perasaan ku.

Langit kini perlahan-lahan menjadi suram, awan-awan gebu perlahan-lahan pudar warna putihnya.
(nak hujan kot).

Manja, cukup sampai disini dulu bingkisan ku, andai masih lagi ada kesempatan akan ku ketuk lagi papan kekunci buruk ini dengan jari-jari ku

Moga mimpi kan jadi realiti walaupun hampir pasti ia tak mungkin akan terjadi.

Ingin kutangkap senyuman mu namun ia terlalu jauh...
aku3sukugila@gmail.com
SP
22/11/15
6.46pm
Petang Minggu.

Warkah Cinta Psikiatri.

Lagi Buat Dia.
(Rindu)

  Terjaga dari lena...
  Sejak pagi semalam, jiwaku memberontak...detik-detik yang berlangsung bagaikan kosong tanpa roh
  dugaan ini benar-benar keras, sekeras tempat berhantu..
 
Apa lagi yang mampu aku lakukan tentang perasaan ini, Jiwa lelaki ini tetap juga kalah terlalu lemah               ..bagai android kehilangan kuasa..
Tahukah kau manja, segenap tubuhku sakit sejak petang itu, terasa bagai tiada arah, bagai kehilangan sesuatu, sesekali seperti berkunang-kunang mata ini, saraf otakku  kejang... kosong bagai tiada hujung seperti lebuh raya yang tiada akhir

  Hakikatnya aku rindu kan kau, semuanya ketawa kau bagaikan lagu terindah buat ku, rayu kau bagai air       yang menyuburi semangat ku .. Benar aku tidak cukup kuat untuk rindu ini..
 
Perlahan-lahan air mata ini lepas dari empangnya. Aku berharap kali ini ia akan terasa manis, namun          
tiada beza air mata ini tetap masin.....
 
Ya Tuhan ku, jagakan dia untukku, jangan kau biarkan sesiapa sakiti hatinya, tubuhnya, rahmatilah dia,          jauhkan dia dari sebarang bencana, senangkan hatinya, kurniakan dia dengan kasih sayang yang luhur.
     Aminn Ya Rabbal Alamin..

Rindu ini mencekik ku..
aku3sukugila@gmail.com
1.07am
pagi ahad..

11/20/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Bingkisan seterusnya buat kau.(hentikan tangis mu)

    Malam perlahan-lahan pergi..............
kini dinihari menjengah, setelah 1jam aku cuba lelapkan mata merehatkan tubuh kelesuan.
namun mataku terlalu degil untuk untuk dipejamkan, sesekali fikiran ku berbayang tentang warkah pertama, timbul rasa berdosa dalam diri, lalu hati berbicara sendiri, manusia apakah aku, insan kah aku, merentap perasaan seorang hawa, patutkah aku meluah rasa terbuku dengan bahasa begini, andai dia membacanya adakah dia bersedih dengan bingkisan tadi. Ya Rabb.. ampuni aku terasa berdosa aku membuat si hawa menangis. Seharusnya aku bingkiskan kata-kata manis sebelum ia terlena.
 Pagi mulia ini Ya Rabb, angkatlah doaku kelangit mu, terangilah hidupnya dengan cahaya kebahagiaan, limpahi dia dengan rahmat mu, kasihi dia dengan rahim mu.. Amin ya Rabbal Alaminn.

     Perlahan ku capai pipa buruk ku, ku isi lubangnya dengan Tembakau CHIEFSTON, aku perlukan ilham yang baik untuk bingkisan kali ini, biar engkau tersenyum membacanya...

    Manja ku biarlah luahan tadi menjadi seperti kepulan-kepulan asap ini.. biar ia terbang bersatu dengan awan.
biar nanti titis-titis hujan yang berzikir menghapuskan semuanya, biar si sungai membawa luahan itu pergi jauh ke tengah lautan hindi, dan biar luahan itu tenggelam ke dasarnya yakni jurang-jurang lautan yang paling dalam. dan semoga kita dapat lupakannya.

   Manja, andai air matamu masih mengalir, maafkan aku ini, mungkin bait-bait kata yang terhasil dari papan kekunci buruk ini tak sehebat tulisan pena bertinta emas yang pernah mereka coretkan buatmu, fahamilah aku cuma insan biasa, tak sekuat seperti diharapkan, tak sehebat seperti putera mahupun dewa kayangan,
aku tak pandai berlakon manja, aku cuma mampu berbicara sejujur adanya dan seperti biasa kejujuran akan membawa sesuatu yang tidak pernah disukai. Tapi percayalah ini adalah aku yang sebenar, lelaki yang selalu melayani kesedihanmu, lelaki yang sentiasa jauh darimu, namun aku percaya aku sentiasa dalam ingatan mu. Dan cukuplah itu sebagai hadiah paling manis buat aku, cukup sekadar kau ingat diri ini. Dan ia amat berharga hingga tiada gantinya lagi.
   Manja, maafkan aku kiranya bingkisan tadi membuat matamu tak mampu dilelapkan, bukan aku sengaja semuanya hanya kerana ingin kau faham, ingin kau mengerti apa tersimpan dilubuk hati ini, maafkan aku juga manja kerana tangan ini tak sampai untuk membelaimu, tak dapat aku menepuk punggungmu hingga kau terlena. Hanya bingkisan kedua ini diharap mampu lakukannya, atau sekurang-kurangnya ia mampu memberi kekuatan padamu pada siang nanti, percayalah aku benar-benar sayangkan kamu,  nilainya sangat berbeza.
Malah ku anggap kau adalah butir permata yang berkilau bak cermin, menyuluh kekurangan diri ini, lantas membaikinya sebaik mungkin.
   Terimakasih manja, kehadiran mu dalam hidup ini membuka fikiran ke suatu arah baru, memberi kekuatan untuk lebih berusaha walaupun kau tak pernah memberi kata-kata semangat, tapi auranya tetap dirasai setiap pelusuk saraf ini. Maka benarlah jiwa seorang pendidik sememangnya ada kekuatan tersendiri yang barangkali tak pernah pun sesiapa ketahui, kerana mungkin mereka tidak cuba untuk mengenali.
   Tapi aku berbeza manja, aku cuba berada dalam jiwamu aku cuba hayati setiap kesusahan dan keperitan yang kau ungkapkan, aku cuba hadamkannya sebaik mungkin dan aku cuba sedaya upaya untuk zahirkan impianmu. Cuma masanya belum tiba harap kau mampu menunggu.
   Manja aku tahu hatimu sangat kuat, jiwamu sangat tabah dalam memijak duri-duri kehidupan ini, malah aku rasa aku tidak setabah kamu dalam menjalani ujian hidup yang kau lalui, kau hebat manja sukar untuk dicari insan sepertimu,percayalah manja Tuhan sangat adil dia berikan dugaan hanya pada mereka yang mampu menanggungnya, dan ia akan berakhir dengan kebahagiaan..Apa yang perlu adalah sabar dan tawakal.


Manja, aku harap matamu mampu dilelapkan, masih bersisa beberapa jam lagi untuk kau rehatkan tubuhmu.
Semoga masih ada esok untuk kita berbicara..

Dari aku yang merinduimu...
aku3sukugila@gmail.com
1am~2.27am
20/11/2015
Pagi Jumaat.

11/19/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Bingkisan buat kau..
(kerana aku bukan malaikat)

Tangan ini masih mengigil...
bait-bait kata tadi buat aku terasa pedih, bukan menyakitkan..
Tapi terasa bagai dahi ditunjal-tunjal,
aku tak pernah berharap apa-apa dari kau, apa-apa pun waima
sekeping syiling buat belanja makan perut yang lapar kerana kehabisan gaji aku tak berharap
kerana aku tahu siapa aku hanya keping-keping sampah yang seharusnya dipijak tanpa perlu diendahkan sesiapa, apatah lagi untuk dibisikkan kata-kata romantis yang mengegar rusuk.

Kini air mata lelaki ini mengalir perlahan ke pipi, bukan kerana tidak kuat untuk berdepan bencana.
bukan kerana tidak tabah menghadapi nista, itu semua biasa bagi aku. nista biasa ku jawab dengan senyuman, cerca biasa ku sambut dengan ketawa, kenapa? kerana aku tak pernah kisah dengan semua. yang aku tahu, cuma perlu merebut secubit peluang untuk memenuhi nafsu laparku.
Ya nafsu laparku, kerana aku dilahirkan sebagai manusia bukan malaikat.

Namun dari kau... aku tak pernah berharap apa-apa, walaupun aku tahu peluang untukku terbentang bak lautan terbuka, dan aku tak pernah berfikir untuk menikmati kesempatan yang ada waima sekeping daging sebesar telapak tangan.
andai persoalan kau kenapa?, ini jawapan aku sejujurnya... Ikhlas.

Bisik ku sepenuhnya sejujur yang ada, biarpun aku tak pernah berjanji memintal buih-buih lautan untuk membaluti tubuhmu,
aku juga tak pernah berjanji untuk menyulam awan gemawan untuk hamparan tidurmu
aku tak pernah berjanji untuk mengait bintang dilangit malam untuk menghiasi dadamu
dan tak pernah jua aku berjanji untuk menjahit bayu gunung untuk pakaian malammu
kerana aku tahu semuanya tak mampu aku lakukan kerana aku bukan malaikat.
Aku cuma berjanji untuk mengapai mimpi mu, kerana yakin aku mampu sediakan terbaik buatmu.

Mata ku masih mengalirkan airnya, menelusuri longkang-longkang kulit menitis diriba, sebahagiannya melewati bibir kusam, sesekali masinnya meneroka deria rasa... aku biarkan.. biar ku makan tangis ini secukupnya supaya aku sedar, sampah tetap sampah digilap secantik mana ia tetap tidak berguna
diletak dimeja cacat pandangan diletak didinding nescaya buruklah keadaan.
biar masin air mata ini aku nikmati sedalamnya biar aku mengerti tak mungkin aku mampu berbisik kepada pencipta supaya jadikan kau sebahagian dari rusukku, biar aku faham sesungguhnya aku gagal mengubah takdir, aku gagal mengubah keperluan kau. kerana aku hanya secebis dari berbilion isi dunia.Cebisan yang sebenarnya tak perlu dikenali langsung, atau mungkin tak perlu diketahui kewujudannya.

Cukuplah, andai kau menatap bingkisan ini, berfikirlah sebaiknya nawaitu aku tak pernah berubah, andai kau kembali berbisik dengan kemanjaan tetap aku terima, namun andai kau benar-benar mahu pergi, pergilah sebab aku tiada kekuatan untuk menghalang, biarpun aku memiliki kekuatan sekalipun tetap tidak akan menghalang, kerana aku percaya kau berhak memilih jalan hidup sendiri. Namun andai kau terasa rindu pulanglah, aku menantimu.

Bukan kerana paras rupa
Bukan kerana harta
Bukan kerana Sekeping daging sebesar telapak tangan.

Tapi kerana aku takut kau akan disakiti, aku takut kau akan dianiaya dan aku takut kau diperguna, aku takut kau sakit dan tiada rawatan. kerana bagi ku, seharusnya kau berbaring ditepi rusuk, diatas lengan sambil bercerita hingga terlena.
Kerana bagiku jua seharusnya aku berbaring dipeha sambil kau mengusap dahi, biar aku bercerita hingga terlena, bukan merayu pada sesiapa tetapi sesiapa seharusnya merayu pada kau.
Aku berduka dan terluka bila kau jauh, dan takut bila kau hampir, Ya aku takut dengan bayang-bayang dosa semalam.

Hujan disini menemani air mataku, malam kian pantas memburu siang.bibirku masih ditemani pipa usang, sesekali peparu ini mengepam asap beracun dari mangkuk pipa.. ya hanya jerebu dari pipa buruk ini menemani hati yang berdarah, sesekali wajah manja mu muncul dibalik asap pipa ini, sejujurnya aku rindukan bait-bait manja mu, aku rindukan rajuk mu, aku rindukan semua yang kau ada dan aku cemburu dengan pemilikmu, kenapa bukan aku.? takdirkah ini?

Maaf andai bingkisan ini mencuri air matamu, bukan niat untuk membuat kau berduka kerana hati ini sakit bila kedukaan menerjah dirimu, bila hatimu diramas kecewa terasa ingin mendakap kau didada kecil ini supaya kau rasa dilindungi, biarpun tak seberapa tapi sejujurnya itu yang termampu olehku.
Tapi hakikatnya aku sekadar meluah rasa terbuku dibenak ini, tak mahu kasih yang dicerita bagai kisah cinta si kera yang bergayut. Bahkan ia tak mungkin ada jemu untuk dinikmati seharian bagai pipa berisi tembakau syirian latakian.

Sudahlah manjaku, hapuskan air mata mu, percayalah rasanya masin, tak sesuai untuk kau nikmati, biar aku sahaja yang merasanya, kerana duka memang biasa melewati hidup aku ini... beberapa hari lagi pasti kau akan tersenyum bila ada pengganti aku, tak mengapa aku relakan andai itu pilihan mu, aku insafi kekurangan diri ini. Namun andai dia sakiti hatimu pulanglah kemari, aku ada untuk memujukmu, semuanya tak akan berubah sama seperti sebelum ini.

Manja, sebelum mata ini aku pejamkan, harap kau dapat ampuni aku... aku kesali dengan kekurangan ini kerana aku bukan malaikat, kerana aku bukan malaikat ,kerana aku bukan malaikat....
kalau kau mohon kemaafan, aku abaikan semuanya kerana kau tiada langsung dosa padaku sesungguhnya aku bersumpah dengan sepenuh hati.walaupun ada ia telah lama aku ampunkan .. jadi tak perlu lagi mencari aku di mashyar nanti dengan rasa berdosa.

Bingkisan ni memang untuk mu, aku luahkan kerana percaya tiada yang mampu memahaminya melainkan kau seorang.
aku luahkannya kerana berharap ada sinar baru untukmu
aku lepaskannya kerana tak mahu kau terus tersesat jalan
dan aku luahkannya supaya aku tidak terlewat,
kerana aku khuatir mata ini tidak lagi terbuka untuk melihat matahari esok.

hapuskan air mata mu manja,
kau harus ada kekuatan yang besar untuk hadapi hari esok.

Assalamualaikum,
Moga ada lagi kesempatan untuk kita bersama
aku3sukugila@gmail.com
8pm~1055pm
19/11/2015
Khamis malam Jumaat.






11/17/2015

Aku dan perjalanan ini.

Assalamualaikum,
  Harap semua sihat-sihat belaka, heh... ramai duk bising kenapa tak update blog bro?, pesal... merajuk ke? awek lari ke.. banyak la nkau nye awek!!! aku sibuk daa, banyak benar komitmen, nak kejar macam-macam kena pulak waktu-waktu kemuncak macam hujung tahun ni audit itu ini, minggu itu ini, Ahh.. naik pedih buah pinggang melayan kerenah. Tapi apa boleh buat, kerja .. kalau tak nanti KPI out bonus out, mana boleh tahan kan.
 Jadi takpelah aku update jugak perlahan-lahan korang rajin baca, tak rajin bukan masalah aku heheh..
Hah ni aku teringin nak tanya korang, penah tak rasa serba salah dalam hidup? kira macam ni lah, ibarat kata kalau tak bunuh aniaya kalau bunuh kesian, err contoh je tu, contoh lain macam ni, kalau buat salah kalau tak buat salah jugak alah kira paham-paham sendiri jelah ye, macam mana penah rasa? tapi yang ni tahap kaw-kaw punya so apa yang korang lakukan selepas tu, selepas menilai semua keadaan apa pilihan korang, kalau boleh kongsi ye, kita sama-sama timba pengalaman menarik dari sejarah hidup semua pembaca (tapi takde hadiah la). So kalau korang rasa korang memang selamba dan berfikiran terbuka serta berfikir diluar otak (silap tapi malas nak betulkan)serta memang gemar berkongsi kisah, rajin-rajin la menaip kat komen bawah tu. ok. see u cau sinci..