Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

9/19/2016

Misteri Terjawab Akhirnya.. .

 Kali terakhir ia dilihat berada diatas meja komputer sekitar jam 5 pagi, dibawah kesuraman cahaya lampu,  tiada siapa pedulikan dia disitu..
Tiada siapa pedulikan dia,  aman tanpa gangguan..
Jam 0900 hrs kehilangan disedari,  cukup misteri,  berbagai persoalan memukul di hati,  kemana hilangnya dia,  apa mungkin cahaya suram subuh tadi telah menjemput dia ke alam lain?
Misi mencari dan menyelamat dijalankan,  bermula jam 1000 hrs,  segenap sudut telah menjadi sasaran,  setiap arah adalah kemungkinan ia berada.
Misi S A R dihentikan jam 1230 hrs,  rehat makan tengahari.
Misi diteruskan jam 1330 hrs..  Panggilan tidak memberi sahutan,  tiada respond,  cukup misteri kehilangan kali ini,  keanehan yang terlalu jauh untuk sebuah jawapan..  Seram dan panik menguasai diri,  jam 1600 hrs  misi dihentikan atas permintaan pasukan S A  R,  rancangan kartun menjadi pilihan santai untuk pasukan berehat dan terlelap.
Dua belas jam berlalu tanpa berita,  tiada sebarang tanda,  tiada isyarat ping dikesan..  Aneh cukup aneh..  Keluasan 22x90 kaki persegi telah hampir selesai diteroka,  namun tiada   sebarang jejak atau petanda kehadiran nya,  dan tiada pemetaan di lakukan .
Aku sangat kehairanan ternanti nanti sesuatu dan sangat berharap ia masih bernyawa.
Resah memuncak ketika malam berganti,  dan keputusan dibuat,  beli baru jelah dah hilang nak buat macam mana..  Dan otak ku masih berkira kira dengan modal yang rendah jenama apa yang termampu,  bagi menggantikan nya.
Paginya aku bertugas seperti biasa.. . Tanpa kehadiran dia.
Dan detik terakhir dalam satu jawapan pasti..  Ketika aku membuka peti ais untuk mengambil minuman berkarbonat...  Ya Allah kat sini kau rupanya..  Aku bungkam seketika, tiada kata dapat di ucapkan, penat mencari sekitar rumah dalam peti ais rupanya..  Sabar je..  Sah tidak bernyawa lagi.. . Aku biarkan seketika biar hilang sejuk..  Aku pacak kan jet pengecas di lubang nya.. Aktiviti mengecas bermula,  syukur masih elok .
Jam 2100 diaktifkan semula..  Dan maaf semua atas kesulitan..  Dan ... Dukeeeeeeee!!! !!! Aduhai.

Keadaan selepas 20 jam dalam peti ais.
Sabar jelah..  

9/01/2016

Semoga dalam rahmatNya..

1 September 2016
6.30am

Assalamualaikum, buat kekasihku tercinta... 
Seandainya kesihatanmu terganggu, semoga Allah kembalikan kesihatanmu semula.
Seandainya dalam masalah, semoga dikurnia jalan penyelesaian terbaik .
Dan ku pohon juga dari Tuhanku yang Maha Agung, agar kamu senantiasa dikurniakan ketabahan dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup,
Dikurniakan untukmu keberkatan dari segala kebaikan.
Dilindungi jasad mu dari sebarang keburukan perbuatan keji sihir, bencana dan terlindung dari segala wabak penyakit.
Juga moga kamu dikurniakan keluasan rezeki yang tidak terhingga...  Dalam rahmat dan kasih sayangnya sentiasa..
Insya-Allah ...

Rinduku sehangat matahari..

1 September 2016

  Salam rindu buatmu sayang, semoga kau dalam lindungannya.
  Sayang pagi ini terlalu dingin, hujan sejak petang semalam masih tidak lagi sejukkannya, Penghawa dingin juga masih tidak mampu sejukkan kerinduan ini.  Ia sehangat sinar mentari pagi, terang dan panas namun tidak menyakitkan. 
Paginya salam ku tidak bersambut, andaian ku mungkin kesihatan mu terganggu, kerana bicara terakhir kamu kesejukan bersama gumpalan selimut tebal. Andai benar  semoga kamu segera kembali sejahtera, kerana setiap hari aku berdoa semoga kesejahteraan kamu akan kekal sepanjang hayat, semoga diperkenankan permintaan ini.
 
Dariku yang merindu....