Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

11/25/2015

Ini Janji...

   Naluri ini dapat rasakan, ye ia sangat jelas dan terang (tak payah lampu suluh lagi). Aku tau kau merajuk, tapi semuanya tak dapat aku elakkan, bukan kerana terpaksa tapi ia tanggungjawab, wajib bagi diriku manja wajib bukan sunat dan sebagainya. Janji yang bukan aku penulisnya tapi janji Tuhan janji pencipta,suka atau tidak aku kena ikrar kan nya. Dan aku sekadar menjalankan janji dan tanggung jawab.

   Maafkan aku manja, aku berdosa kerana melukakan hatimu, aku berdosa padamu manja.
Namun andai kau tak mahu memaafkan aku, aku terima aku tahu aku bukan insan sempurna namun aku berusaha untuk sempurnakannya walaupun tak mungkin ia menjadi realiti.

   Mungkin kini matamu berkaca, maaf ku pinta bukan aku sengaja
   Mungkin kini hatimu kecewa, maaf aku bukan sengaja.

   Tapi ada sesuatu yang harus kau percaya. Ingat janji semalam?
'With blood and soul'
   Bukan satu kata-kata kosong,    percayalah.

Hanya masa menjadi saksi.
aku3sukugila@gmail.com
NC
3.13pm
Petang Rabu

11/23/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Serangan Asyik Dan Syahdu.(buat siapa lagi kalau bukan dia)

Manja, petang tadi hujan... aku rempuh juga untuk sampai kemari kerana rindu mungkin, kerana risau mungkin... hmm entahlah aku sendiri tak faham perasaan ini sekarang.
segalanya sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata apatah lagi dengan teks, terlalu sukar....
Tapi yang pasti aku tetap juga ingin menaip, satu ketagihan yang sukar dibendung, hobi yang sukar dibuang ya menghentak papan kekunci buruk ini dengan jari jemari ku.,

Manja, perlahan-lahan kubuka lembaran-lembaran maya, kutatap ku belek satu persatu... wajahmu..  aku seakan-akan mencari sesuatu disebalik wajahmu tapi aku tak pasti apa yang kucari, cinta? harapan? kasih? arghh!!!! aku tak pasti.. sungguh aku tak pasti, sesekali aku mengepam asap beracun dari pipa yang setia bersamaku... cuba mencari apa yang kurang atau sesuatu yang mampu kujadikan motif, err motif apa batik? hmm entahlah, semuanya buntu, sesak lagi menyesakkan.. kepalaku seakan-akan dibentur dengan sesuatu, sesekali terasa pening atau sakit ,entah aku sendiri tak pasti memang tidak langsung dapat bezakannya, pening atau sakit..

Apa yang aku risaukan sebenarnya? adakah aku takut kau tinggalkan aku manja?
Entahlah susahnya nak cerita, bagai bergelut dengan perasaan yang tiada penghujung,
Manja, persoalan memang sering bermain difikiran ini adakala buat otakku sebu dan kejang bila ia hadir
puas juga aku cuba hindari persoalan, letih juga aku cuba tinggalkannya, namun ia tetap mengekori ku.. tetap ada dalam otak ini  melekat bagaikan trojan.. Maka aku biarkan ia hadir, aku tadah semuanya aku akan bersandar bila letih memikirkannya. Walaupun bukan bersandar padamu aku tetap membayangkannya, aku rasakan kadangkala dinding konkrit itu selembut kamu manja.

Manja, malam kian larut... rasanya aku perlu tinggalkan komputer buruk ini, aku perlu tinggalkan papan kekunci buruk ini.
Sesungguhnya tak terucap dengan zahir rindu ini buatmu, namun aku sedar.. tak mungkin ia kemana-mana hanya bermain dengan perasaan yang adakala.......(blurrr... mmg blurr)



Jammm.....
aku3sukugila@gmail.com
8pm ~ 9.53pm
SP
23/11/2015
malam selasa.. :b

11/22/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Bicara buat kau..(dia lagi)...

Setelah 1 jam ribut gelora di tempuhi(tempuh hujanlah jangan fikir macam-macam), bagai terhapus kerinduan ,siksa minit-minit rindu yang dilalui bagai tak terasa ia satu siksaan.
kini sekujur tubuhku kelesuan, tidak terzahir dengan teks yang terhasil dari ketukan papan kekunci buruk ini, bantal kulihat terlalu mesra buatku, dakapan tilam empuk sangat meransang mata untuk lena dipangkuan nya.
bakal bermimpikah aku petang ini.?

Ya andai mimpi tiba untuk menemani ku, biarlah ia seindah senyuman kau, biarlah ia semesra kepitan bibir yang indah itu, sungguh aku mendambakannya, dan andai benar ia tiba sebegitu mungkin aku rela untuk kekal berada dalam mimpi selamanya, kerana realiti hidup tak mungkin ia berlaku. Tapi buat ketika ini biarlah aku dalam dakapan tilam yang mesra, biarlah bantal menggantikan peha empuk untukku berbaring.

Manja, terimakasih kerana merindui ku, tiada lagi kata yang mampu di ucapkan selain ini untuk kau.
Manja, terimakasih kerana tidak lupa padaku, tiada lagi kata yang boleh menggantikan  ucapan ini.
Manja, senyum mu  merawat luka-luka pada minit yang menyiksakan.
Manja, mata mu  tiada lagi kaca-kaca air, yang membelah perasaan ku.

Langit kini perlahan-lahan menjadi suram, awan-awan gebu perlahan-lahan pudar warna putihnya.
(nak hujan kot).

Manja, cukup sampai disini dulu bingkisan ku, andai masih lagi ada kesempatan akan ku ketuk lagi papan kekunci buruk ini dengan jari-jari ku

Moga mimpi kan jadi realiti walaupun hampir pasti ia tak mungkin akan terjadi.

Ingin kutangkap senyuman mu namun ia terlalu jauh...
aku3sukugila@gmail.com
SP
22/11/15
6.46pm
Petang Minggu.

Warkah Cinta Psikiatri.

Lagi Buat Dia.
(Rindu)

  Terjaga dari lena...
  Sejak pagi semalam, jiwaku memberontak...detik-detik yang berlangsung bagaikan kosong tanpa roh
  dugaan ini benar-benar keras, sekeras tempat berhantu..
 
Apa lagi yang mampu aku lakukan tentang perasaan ini, Jiwa lelaki ini tetap juga kalah terlalu lemah               ..bagai android kehilangan kuasa..
Tahukah kau manja, segenap tubuhku sakit sejak petang itu, terasa bagai tiada arah, bagai kehilangan sesuatu, sesekali seperti berkunang-kunang mata ini, saraf otakku  kejang... kosong bagai tiada hujung seperti lebuh raya yang tiada akhir

  Hakikatnya aku rindu kan kau, semuanya ketawa kau bagaikan lagu terindah buat ku, rayu kau bagai air       yang menyuburi semangat ku .. Benar aku tidak cukup kuat untuk rindu ini..
 
Perlahan-lahan air mata ini lepas dari empangnya. Aku berharap kali ini ia akan terasa manis, namun          
tiada beza air mata ini tetap masin.....
 
Ya Tuhan ku, jagakan dia untukku, jangan kau biarkan sesiapa sakiti hatinya, tubuhnya, rahmatilah dia,          jauhkan dia dari sebarang bencana, senangkan hatinya, kurniakan dia dengan kasih sayang yang luhur.
     Aminn Ya Rabbal Alamin..

Rindu ini mencekik ku..
aku3sukugila@gmail.com
1.07am
pagi ahad..

11/20/2015

Warkah Cinta Psikiatri.

Bingkisan seterusnya buat kau.(hentikan tangis mu)

    Malam perlahan-lahan pergi..............
kini dinihari menjengah, setelah 1jam aku cuba lelapkan mata merehatkan tubuh kelesuan.
namun mataku terlalu degil untuk untuk dipejamkan, sesekali fikiran ku berbayang tentang warkah pertama, timbul rasa berdosa dalam diri, lalu hati berbicara sendiri, manusia apakah aku, insan kah aku, merentap perasaan seorang hawa, patutkah aku meluah rasa terbuku dengan bahasa begini, andai dia membacanya adakah dia bersedih dengan bingkisan tadi. Ya Rabb.. ampuni aku terasa berdosa aku membuat si hawa menangis. Seharusnya aku bingkiskan kata-kata manis sebelum ia terlena.
 Pagi mulia ini Ya Rabb, angkatlah doaku kelangit mu, terangilah hidupnya dengan cahaya kebahagiaan, limpahi dia dengan rahmat mu, kasihi dia dengan rahim mu.. Amin ya Rabbal Alaminn.

     Perlahan ku capai pipa buruk ku, ku isi lubangnya dengan Tembakau CHIEFSTON, aku perlukan ilham yang baik untuk bingkisan kali ini, biar engkau tersenyum membacanya...

    Manja ku biarlah luahan tadi menjadi seperti kepulan-kepulan asap ini.. biar ia terbang bersatu dengan awan.
biar nanti titis-titis hujan yang berzikir menghapuskan semuanya, biar si sungai membawa luahan itu pergi jauh ke tengah lautan hindi, dan biar luahan itu tenggelam ke dasarnya yakni jurang-jurang lautan yang paling dalam. dan semoga kita dapat lupakannya.

   Manja, andai air matamu masih mengalir, maafkan aku ini, mungkin bait-bait kata yang terhasil dari papan kekunci buruk ini tak sehebat tulisan pena bertinta emas yang pernah mereka coretkan buatmu, fahamilah aku cuma insan biasa, tak sekuat seperti diharapkan, tak sehebat seperti putera mahupun dewa kayangan,
aku tak pandai berlakon manja, aku cuma mampu berbicara sejujur adanya dan seperti biasa kejujuran akan membawa sesuatu yang tidak pernah disukai. Tapi percayalah ini adalah aku yang sebenar, lelaki yang selalu melayani kesedihanmu, lelaki yang sentiasa jauh darimu, namun aku percaya aku sentiasa dalam ingatan mu. Dan cukuplah itu sebagai hadiah paling manis buat aku, cukup sekadar kau ingat diri ini. Dan ia amat berharga hingga tiada gantinya lagi.
   Manja, maafkan aku kiranya bingkisan tadi membuat matamu tak mampu dilelapkan, bukan aku sengaja semuanya hanya kerana ingin kau faham, ingin kau mengerti apa tersimpan dilubuk hati ini, maafkan aku juga manja kerana tangan ini tak sampai untuk membelaimu, tak dapat aku menepuk punggungmu hingga kau terlena. Hanya bingkisan kedua ini diharap mampu lakukannya, atau sekurang-kurangnya ia mampu memberi kekuatan padamu pada siang nanti, percayalah aku benar-benar sayangkan kamu,  nilainya sangat berbeza.
Malah ku anggap kau adalah butir permata yang berkilau bak cermin, menyuluh kekurangan diri ini, lantas membaikinya sebaik mungkin.
   Terimakasih manja, kehadiran mu dalam hidup ini membuka fikiran ke suatu arah baru, memberi kekuatan untuk lebih berusaha walaupun kau tak pernah memberi kata-kata semangat, tapi auranya tetap dirasai setiap pelusuk saraf ini. Maka benarlah jiwa seorang pendidik sememangnya ada kekuatan tersendiri yang barangkali tak pernah pun sesiapa ketahui, kerana mungkin mereka tidak cuba untuk mengenali.
   Tapi aku berbeza manja, aku cuba berada dalam jiwamu aku cuba hayati setiap kesusahan dan keperitan yang kau ungkapkan, aku cuba hadamkannya sebaik mungkin dan aku cuba sedaya upaya untuk zahirkan impianmu. Cuma masanya belum tiba harap kau mampu menunggu.
   Manja aku tahu hatimu sangat kuat, jiwamu sangat tabah dalam memijak duri-duri kehidupan ini, malah aku rasa aku tidak setabah kamu dalam menjalani ujian hidup yang kau lalui, kau hebat manja sukar untuk dicari insan sepertimu,percayalah manja Tuhan sangat adil dia berikan dugaan hanya pada mereka yang mampu menanggungnya, dan ia akan berakhir dengan kebahagiaan..Apa yang perlu adalah sabar dan tawakal.


Manja, aku harap matamu mampu dilelapkan, masih bersisa beberapa jam lagi untuk kau rehatkan tubuhmu.
Semoga masih ada esok untuk kita berbicara..

Dari aku yang merinduimu...
aku3sukugila@gmail.com
1am~2.27am
20/11/2015
Pagi Jumaat.