Kali terakhir ia dilihat berada diatas meja komputer sekitar jam 5 pagi, dibawah kesuraman cahaya lampu, tiada siapa pedulikan dia disitu..
Tiada siapa pedulikan dia, aman tanpa gangguan..
Jam 0900 hrs kehilangan disedari, cukup misteri, berbagai persoalan memukul di hati, kemana hilangnya dia, apa mungkin cahaya suram subuh tadi telah menjemput dia ke alam lain?
Misi mencari dan menyelamat dijalankan, bermula jam 1000 hrs, segenap sudut telah menjadi sasaran, setiap arah adalah kemungkinan ia berada.
Misi S A R dihentikan jam 1230 hrs, rehat makan tengahari.
Misi diteruskan jam 1330 hrs.. Panggilan tidak memberi sahutan, tiada respond, cukup misteri kehilangan kali ini, keanehan yang terlalu jauh untuk sebuah jawapan.. Seram dan panik menguasai diri, jam 1600 hrs misi dihentikan atas permintaan pasukan S A R, rancangan kartun menjadi pilihan santai untuk pasukan berehat dan terlelap.
Dua belas jam berlalu tanpa berita, tiada sebarang tanda, tiada isyarat ping dikesan.. Aneh cukup aneh.. Keluasan 22x90 kaki persegi telah hampir selesai diteroka, namun tiada sebarang jejak atau petanda kehadiran nya, dan tiada pemetaan di lakukan .
Aku sangat kehairanan ternanti nanti sesuatu dan sangat berharap ia masih bernyawa.
Resah memuncak ketika malam berganti, dan keputusan dibuat, beli baru jelah dah hilang nak buat macam mana.. Dan otak ku masih berkira kira dengan modal yang rendah jenama apa yang termampu, bagi menggantikan nya.
Paginya aku bertugas seperti biasa.. . Tanpa kehadiran dia.
Dan detik terakhir dalam satu jawapan pasti.. Ketika aku membuka peti ais untuk mengambil minuman berkarbonat... Ya Allah kat sini kau rupanya.. Aku bungkam seketika, tiada kata dapat di ucapkan, penat mencari sekitar rumah dalam peti ais rupanya.. Sabar je.. Sah tidak bernyawa lagi.. . Aku biarkan seketika biar hilang sejuk.. Aku pacak kan jet pengecas di lubang nya.. Aktiviti mengecas bermula, syukur masih elok .
Jam 2100 diaktifkan semula.. Dan maaf semua atas kesulitan.. Dan ... Dukeeeeeeee!!! !!! Aduhai.
Assalamualaikum, buat kekasihku tercinta... Seandainya kesihatanmu terganggu, semoga Allah kembalikan kesihatanmu semula. Seandainya dalam masalah, semoga dikurnia jalan penyelesaian terbaik . Dan ku pohon juga dari Tuhanku yang Maha Agung, agar kamu senantiasa dikurniakan ketabahan dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup, Dikurniakan untukmu keberkatan dari segala kebaikan. Dilindungi jasad mu dari sebarang keburukan perbuatan keji sihir, bencana dan terlindung dari segala wabak penyakit. Juga moga kamu dikurniakan keluasan rezeki yang tidak terhingga... Dalam rahmat dan kasih sayangnya sentiasa.. Insya-Allah ...
Salam rindu buatmu sayang, semoga kau dalam lindungannya. Sayang pagi ini terlalu dingin, hujan sejak petang semalam masih tidak lagi sejukkannya, Penghawa dingin juga masih tidak mampu sejukkan kerinduan ini. Ia sehangat sinar mentari pagi, terang dan panas namun tidak menyakitkan. Paginya salam ku tidak bersambut, andaian ku mungkin kesihatan mu terganggu, kerana bicara terakhir kamu kesejukan bersama gumpalan selimut tebal. Andai benar semoga kamu segera kembali sejahtera, kerana setiap hari aku berdoa semoga kesejahteraan kamu akan kekal sepanjang hayat, semoga diperkenankan permintaan ini.
Assalamualaikum, selamat pagi sayang... Semoga kamu ceria pagi ini, mungkin sayang masih lagi bergumpal dengan selimut tebal diatas katil empuk, kerana hari ini tentunya cuti umum, seluruh negara menyambut hari kemerdekaan.
Teringin benar rasanya untuk menikmati saat begini dengan kamu.. Melayari keasyikan pagi, tanpa perlu berfikir soal kerja dan sebagainya.. Humm tentu asyik sekali..
Apa pun aku tetap berdoa buat kamu , semoga kekasihku ini sentiasa dalam kasih sayang Allah, sentiasa dalam berkatnya, sentiasa dilindunginya sepanjang masa..
Dan pintaku padanya semoga kasih dan cinta ini tak akan pernah berhenti untuk kamu kekasihku dalam jantung ku dalam nafas ku, sepanjang hayat ini... Aminn.
.Terlalu indah buat ku...
Terimakasih atas teguran sayang... Walaupun sedikit menerpa perasaan namun percayalah tiada kedinginan buat kamu selamanya,
Di hati ini di fikiran ini ia sentiasa hangat membuai perasaan. Masih ingat waktu itu? Hingga kini tiada sesaatpun lupa tiada seinci pun lupa. Saat pertama penerokaan bermula, lembah ditimur jauh bersama permata terakhir disitu.
Kita bersama kelaparan, oasis indah dengan izin di teroka bersama syahdu iringan lembut angin buatan.
Saat oasis itu mengalirkan air nya, kuhirup sepuasnya, jeritan nikmat meronta dalam jiwaku, namun tak terzahir dengan bicara.
Jelas kerinduan ku sangat terubat disaat itu, senyum mu.. Bagai tiada akhirnya dalam raga ku, bagai tiada sudahnya mengalir dalam darahku ia kekal disini sayang, kekal dalam nadiku.
Mungkin benar aku tidak mampu menipu bahawa aku akan kasihkan kamu hingga dunia ini berakhir, namun aku yakin dengan bicaraku kasih buat mu akan ada di jasad ku selagi ia tidak reput.
Sayang... Ingat lagi amukan ratu penjaga oasis? Jeritan nya amukannya tak pernah aku lupa, rintihannya dikala kita mengganggu dinding lembut oasis mencari air sangat mengasyikkan.
Meneguk air dari hujung permata merah memang mendamaikan, masih terbayang betapa gelojohnya aku menghirup air yang mengalir dan dikala itu juga sang ratu terlalu marah padaku terlalu leka dengan kebeningan airnya.
Aku mengubah haluan setelah kurasakan air yang ku hirup kian berkurang, ketika aku mulakan penggalian terserlah sekali dinding oasis sangat lembut dan mulus memberi petanda masih banyak tersimpan air didalamnya, urat ku mengembang bersemangat memulakan ekspedisi pencarian.
Jeritan sang ratu kuanggap seperti alunan semangat buatku, dinding lembut oasis ku teroka semahunya , hingga aliran air oasis membasahkan rerumput kering dipinggirnya.
Masihkah ingat sayang? Ketika kita berehat keletihan... Aku terlalu ingin berbaring di pangkuan mu ketika itu, namun tak terucap dari bibirku.. Kamu keletihan membantuku. Mencari aliran suci dari oasis sang ratu,
Dihujung pencarian, walaupun kita berjaya mengalirkannya namun ia hanya seketika, ketika itu aku sangat kecewa, aliran suci oasis sang ratu tak dapat ku teguk segarnya.. Ia kering ketika aku leka menggali, sang ratu kian marah padaku. Jeritannya kian sayu... Rayuannya memaksa aku berhenti.. Dan aku menelan kecewaku dengan senyuman, maafkan aku ratu, bukan niat menyakiti mu.
Pagi yang buntu,...
Dengan poket kosong dan perut lapar, aku teruskan perjalanan pulang ke kampung biarpun dah jelas duit gajiku dah pun dimasukkan. Beberapa ATM telah aku lewati. Namun entah kenapa langsung tak tergerak untuk berhenti.
Di serting aku ambil keputusan untuk ambil sedikit duit. Itupun kerana lampu meter minyak dah terus menyala kalau masih teruskan mungkin aku perlu tolak kereta pulak.
Q
Dihadapan mesin ATM terlihat Agak ramai yang beratur menunggu giliran, dek kerana tiada pilihan aku turut serta dengan rasa malas.
Mataku tertarik pada satu kain rentang bersaiz kecil disebelah kanan ku. Seorang lelaki bersongkok hitam Agak lusuh setia berdiri disamping sebuah meja kecil, sambil matanya merenung buku resit yang Agak tebal , sesekali tangan kanannya menaip sesuatu di telefon genggam.
Mungkin berbalas text bersama isteri tercinta... Lantak lah.. Fikirku.
Kepala serabut ku menafikan apa yang hendak aku buat sebelumnya.
Kain rentang kecil yang hendak ku baca tadi aku lupakan, sekadar mengutip derma fikirku.
Dihadapanku masih berbaki sekitar 5 orang lagi, dihadapan sekali seorang makcik Agak tua sedang berurusan di mesin ATM. Belakang ku.. Ahh lantaklah siapa pun nak berdiri, tak perlu aku fikirkan.
Hampir sepuluh minit berlalu makcik tua tadi masih belum sudah dengan urusannya, masih terkial kial dengan nombor, hati mula membara, keletihan dan emosi mula membakar rasa. Jiwa serabut ku seakan akan memekik dan membakar naluri supaya marah...
Namun sekilas beberapa saat rasa itu bergelojak, sesuatu yang ajaib berlaku , seakan terdengar suara kamu berbisik penuh mesra dan manja "Kenapa nak marah? Kenapa tak tolong?". Sangat jelas ia suara kamu. Sangat tersentap ketika itu, bagai arus elektrik merasuki tubuhku, dan tertunduk seketika, lantas istigfar beralun dihati.. Berulang kali. Terlintas betapa kejinya perasaan ketika itu, apa kata kalau itu ibuku?
Dengan langkah lemah keletihan aku merapati makcik tua dan bertanya, "kenapa makcik? Nak saya tolong? ".. "Maaf nak mata makcik kurang nampak ". Allahuakbar 10 minit lepas andai aku bantu tentu sekali akan mudahkan orang lain, maafkan aku ya Allah. Janganlah engkau penuhi hatiku dengan sifat syak dan wasangka lagi ya Allah.
Selesai membantu, aku kembali ke barisan, seorang lelaki tua bertongkat rupanya dibelakang ku. Aku terus ke barisan paling belakang biarlah orang tua tua dulu yang ambil. Mereka tentu tak berdaya untuk berdiri lama..
Barisan bergerak Agak pantas , hadapan ku masih berbaki 7 orang, aku tetap sabar, sambil hatiku masih berulang mengucapkan istigfar, pandangan mata tertumpu sekali lagi pada kain rentang kecil tadi, lelaki bersongkok tadi rupanya memerhati tindakan aku, tersenyum dan aku rasa Agak malu, seakan akan hatiku dapat dibaca olehnya, aku tersengih sambil menganggukkan kepala , dan ia berbalas.
Kain rentang itu tertulis wakaf untuk sekolah tahfiz, sekitar seremban.
Allahuakbar sekali lagi aku tersentap. Rupanya ada sesuatu untuk aku tunaikan hari ini.
Terimakasih Ya Allah , sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui setiap yang berada dilangit dan bumi, ampuni aku Ya Allah.. Atas kekurangan dan kelemahan insan kerdil ini.
Giliran aku tiba untuk mengambil wang di mesin ATM, sejumlah wang aku keluarkan. Seusai itu terus menghampiri lelaki bersongkok hitam.
Aku tegur dengan salam yang setulus mungkin, jernih kelihatan wajahnya, Subhanallah bisik hatiku.
Aku bersalaman dengannya lantas membisikkan hajat ku, aku jelaskan padanya betapa wakafku nanti segala kebaikannya kuhadiahkan buat kamu, supaya kasih buat kamu nanti tidak akan berhenti untuk selamanya, aku berharap kebaikannya buat kamu sehingga ke hari pembalasan kelak. Dia mengangguk dan mencatat namamu di helaian resit. Lantas memanggilku untuk lafaz akad..
Alhamdulillah syukur, tertunai hajatku buat kamu sayang, semoga diperkenankan hajat ini.
Aku terus ke kereta dan memulakan kembali perjalanan seusai menambah petrol, sepanjang perjalanan ku, aku tak henti henti menangis. Sedikit kesal dalam hati, dan tidak percaya dengan kehendak Allah buat aku terasa sangat hiba dan menyesal, ada sebabnya ku digerakkan kesini. Allah hendak aku berikan hadiah istimewa buat kamu yang aku cinta dan kasih. MasyaAllah....
Hati sebak, air bening mengalir dari kelopak mata... Mata ku masih menatap sang suria yang kian tenggelam di ufuknya, berbalam sinar kekuningan indah mendamaikan.
Lantas ketika itu hati berbisik seakan berbicara pada semilir senja yang menerpa lembut kewajah, Duhai semilir yang mulus, sudikah engkau membawa khabar rinduku pada dia, dia yang jauh dari ku, dia yang ku kasih...
Duhai semilir andai benar kau berjiwa pasti kau akan mengerti betapa aku sesungguhnya dalam penderitaan yang tidak pernah ada hujungnya.
Duhai semilir andai benar kau berjiwa sudikah membantuku? Bawakan khabar cinta dan kasih ini untuk dia, bisikkan padanya aku terlalu cintakan dia.
Juga khabarkan padanya aku sentiasa menanti hadirnya sebagai kekal dalam jiwaku, dalam darahku, dalam dagingku...
Duhai semilir, khabarkan pada yang ESA aku bermohon sembah sebagai hamba yang kerdil , lindungi dia dari sebarang keburukan dunia, jangan disakiti tubuhnya dengan bencana dan wabak penyakit.
Lindungi dia dari dari perbuatan sihir, luaskan rezekinya bukakan khazanah gerbang langit dan bumi untuknya, jauhkan dia dari sifat angkuh dan zalim, lembutkan hatinya untuk simpati pada yang perlu.
Tunaikan segala permintaan baiknya, biarpun akan menambah lukaku.. Moga di perkenankan..
Petang itu.... pemanduanku penuh hiba, hati sarat dengan kehampaan...janji ditempat itu kutunaikan walaupun tidak terlihat walau sekilas bayang mu... aku mengerti, amarah mungkin menguasai lantaran itu janji terbatal, betul memang aku layak terima hukuman ini, aku redo,... perjalanan itu ditemani renik dari langit menggenang dijalanan dan kelenjar mata ini jua merembeskan apa yang terbuku dihati... tiada tujuan sedari pagi aku merentas sejauh ini semata mata untuk memohon moga khilaf ku diampun, aku ingin bicarakannya biar bertentang mata, biar kau baca ikhlas dari mata ini.. namun hampa... Hari ini hari keempat aku tanpa nikmat tidur, kenapa? aku sangat kecewa kerana melukai hatimu... MAAFKAN aku seadanya, segalanya silapku terlalu menurut perasaan, dunia menghimpitku dengan bebanan.......
jemari ini tak mampu lagi untuk teruskan kesinambungan kata kata ... maaf.. biar setakat ini dulu, seterusnya nanti biar aku berterus terang .
Aku merenung sinar lemah matahari dibalik belahan banjaran titiwangsa, sinar kemerahannya, membawa fikiran ini, kerinduan ini meneroka jarak 206 kilometer. Membelah rintangan angin dan aliran sungai.
Apa khabar kau sayang? Masihkah merindui ku? Insan biasa ini.
Memang aku akui, terlalu banyak kesalahan diri ini pada mu, namun bukan sengaja. Keadaan sekarang terlalu banyak berubah, tugasan kali ini terlalu tinggi komitmennya, suka atau tidak perlu hadapi dengan berani, kena yakin ini ujian buat hamba ini, namun dalam masa yang sama dirimu jadi mangsa keadaan, ada kala keadaan ini buat fikiran selalu tertekan, bukan kerana tugasan tapi rasa berdosa kerana mengabaikan kamu.
Seringkali tertanya dari sudut jauh naluri lelaki ini, mengapa kau perlu menjadi mangsa keadaan, sedangkan kau hanya perlu tempat berkasih dan bermanja. Ia bukan terlalu sukar untuk dilakukan komitmen membatasi segalanya. Namun tanpa komitmen tentu sekali perut ini akan kelaparan, jadi apa harus aku lakukan untuk kamu?
Hela nafas kesal ku hambur, aku mendongak kelangit, memohon agar tuhan turunkan kekuatan dalam diri ini.
Hati ini masih memberontak memaki kekurangan diri ini. Sesekali aku berdoa agar hatimu sabar dalam dugaan ini, moga hatimu kuat untuk terus melayari kasih bersamaku.
Cahaya makin kurang, pohon pohon sekitar kian berbalam sudah lebih satu jam aku disini, berbisik pada alam tentang kekurangan diri gagal menjaga perasaan insan kesayangan sebaiknya.
Jumpa lagi semua, teman baik ku pokok pokok hutan, air kolam, rerumput aku akan datang lagi bila berkesempatan, terima kasih sudi mendengar bicara ku
Untukmu sayang... Maaf seadanya.
Salam sayang dan kucupan mesra di dahimu .
Assalamualaikum .....
5.03am
Pagi dingin, aku masih dikelilingi hiruk mesin bagai satu lolongan panjang tanpa putusnya nafas, masih juga aku disini demi sesuap rezeki demi meneruskan perjalanan hidup yang makin suntuk.
Pagi ini juga dalam kejauhan, aku mengenang kamu .. Sejujurnya aku dalam kerinduan asyik dalam mencari kasih mu.
APA mungkin kita akan bertemu lagi dalam versi yang lebih menarik atau sebaliknya?
Semalam , hari yang terlalu perit.. manakan ada manusia sanggup laluinya... menghadap satu kematian walaupun bukan roh ku yang pergi, namun sebagai seorang manusia tetap juga sedih bertamu.. hiba...
Biarpun bukan saudara sebangsa namun dia tetap manusia, apa pun moga tenang disana ... moga dalam rahmat yang maha esa.
Malamnya dibuai lagi perasaan, kata-kata yang tak seiring dengan keadaan, seakan tidak mengerti kesedihan dan kepayahan, seakan mengejek seperti memijak perasaan ketika ia keletihan, terdetik dihati mengapa begini? satu lakonankah sebuah perasaan, hanya mainan kata-katakah setiap sayang yang terhambur, mengapa ketika ini dilepaskan mengapa saat itu dilafazkan sedangkan semangat perlu pulih, ketika sokongan didamba.... Tapi itu jua saatnya segala ditarik.....
Aku tersenyum sendiri, sedih sebelum mentari tenggelam tadi aku terima, ia cabaran buatku. ia benih kekuatan buatku, hidup ini tanpa cabaran bagai makanan tiada garam, dan aku bersedia untuk itu.
Malamnya bicara bisa dari susunan ayat benar benar buat aku semakin pedih.. tapi kini aku juga senyum... ini ujian, ujian buat aku , biarlah .. andai itu pilihan aku diamkan, mungkin ia perlukan masa aku perlu sabar, mungkin akan ada penjelasan selepas ini.... apa pun rindu itu masih tetap dihati, cuma sekarang aku perlu berehat, mata ini perlu dipejamkan tubuh ini perlu dibaringkan..... jumpa lagi
SAYANG..... dan ini buat mu....
Puisi Untuk Sang Puteri - Alleycats
Menjunjung kasih cinta setia Biar luka jemala hamba Membuai rindu santapan kalbu Asal dapat sentuh bayangmu
Sulaman emas kebaya labuh Untuk puteri berpadan sungguh Mabuk kepayang sekelip mata Jangan hamba dianggap gila
Ingin membina istana dari permata Malang sekali hamba tak punya apa Ingin mencoret warkah bertinta emas Tapi sayang tiada indah bahasa hamba
Hanya mencoret warkah usang Untuk melepas kasih dan sayang Jangan hamba dianggap gila Niat suci di hati hamba
Pagi menjelma, menyapa dengan kedinginan menusuk segenap bahagian tubuh, dingin yang tidak terucap,
Aku, masih termangu sedang detap-detap embun lembut menghempas bumbung usang, berlawan dengan detak-detak jarum jam yang mengukur saat demi saat, jam memberi masa yang diukur 2pagi, namun mata ini tak mampu aku lelapkan,otak ini tak mampu tinggalkan dunia fana, semahunya otak ini berehat sekarang tingalkan dunia fana, mencari getar-getar gelombang dia, menyatu dalam fantasi, mencari nikmat semalam yang sentiasa dalam kenangan.... di mana kini kau sayang ? . rinduku memuncak, resah ku membara dalam kesejukan pagi.
Perlahan aku sandarkan tubuh telanjang didinding konkrit, papan kekunci tanpa wayar dipangkuan ku, dalam kejauhan aku merenung layar pemapar, aku teruskan menghempas jari jemari dipapan kekunci yang masih dipangkuan. Perlahan kenangan di Timur dalam memanjat memori, segalanya sangat jelas...... aku merindui saat itu..
Tak terucap lagi sayang betapa aku merinduimu ....
rasanya cukup sampai sini dulu, aku ingin memburu dunia fantasi... moga kita akan bertemu sayang.
Assalamualaikum,
Selamat tahun baru semua.. Apa dah terlambat?.. Hehe maaflah tak sengaja lambat untuk ucapkan selamat tahun baru, tapi rasanya Januari masih belum berakhir.
Ahh.... Lantak lah, peduli apa... Yang penting tahun 2016 ni akan lebih mencabar buat semua, lebih cukai lebih masalah lebih tekanan dan brrr.. Jenuh nak taip.
Ok lupakan pasal masalah, fikir pasal cukai? Tak ada makna. Jadi nak fikir pasal apa?... Rasanya tak payah fikir kot kita buat tak tau je, bangun pagi kita pergi kerja balik malam, sambung kerja kat rumah atau buat part time, cukup bulan gaji masuk lepas tu kerja lagi..
Pendek kata selagi belum tutup mata kerja kerja kerja...
Kitaran hidup manusia memang macam tu agaknya, aku agak je korang agak macam mana Hehe..
Ok buat kawan kawan dan yang bukan kawan kawan yang special yang baca blog ni Ermm... Aku tak janji apa apa cuma aku akan berusaha untuk mengupdate blog ni serajin mungkin, aku akan cuba lebih kerap pergi memancing, yang pasti bukan guna umpan cengkerik dalam tin lagi, tak power langsung Haha, buat sakit hati je guna. Untuk warkah cinta psikiatri humm... Rasanya part ni aku pernah cadang nak tutup je, tapi ada yang kata jangan sebab ia menarik, Hah menarik? Aku pun tergamam dengar rasa macam nak lempang diri sendiri je, sebab kurang percaya, ok tak apa aku teruskan. Ok lah, rasanya dah lenguh jari menaip, hmm.. Makan nasi pun tak lenguh macam ni Hehe.
Whatever aku berambus dulu, korang jaga diri baik baik tau, sekarang ni heboh kes culik orang ni jual entah kat mana.
Apa pun selamat tahun baru semua Haha.... Pis all.... ✌
.........Dalam kebuntuan hanya di temani cahaya suram kegelapan.... yang ada cuma bibit bibit rindu, apa yang ada dalam fikiran ketika ini? entah aku sendiri tak tahu.... kenapa? entah aku memang tak tahu.......
pagi kian sejuk dengan datangnya embun, biarpun aku bukan diluar tapi sejuknya terasa.......
Lagu ini... buat aku mengelamun sejenak... aku tiada apa untuk kau manja, aku tiada syurga untuk ditunjukkan....