Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

8/31/2016

Keletihan...tidur sekejap.

Pemanduan dari tempat kerja ke Temerloh.. 
Terpaksa parking sekejap...  Letih teramat dan mengantuk..
Jom tidur...😴

Semoga dalam rahmatnya

Assalamualaikum, selamat pagi sayang...  Semoga kamu ceria pagi ini, mungkin sayang masih lagi bergumpal dengan selimut tebal diatas katil empuk, kerana hari ini tentunya cuti umum,  seluruh negara menyambut hari kemerdekaan. 
Teringin benar rasanya untuk menikmati saat begini dengan kamu.. Melayari keasyikan pagi,  tanpa perlu berfikir soal kerja dan sebagainya..  Humm tentu asyik sekali.. 
Apa pun aku tetap berdoa buat kamu , semoga kekasihku ini sentiasa dalam kasih sayang Allah, sentiasa dalam berkatnya, sentiasa dilindunginya sepanjang masa.. 
Dan pintaku padanya semoga kasih  dan cinta ini tak akan pernah berhenti untuk kamu kekasihku dalam jantung ku dalam nafas ku, sepanjang hayat ini...  Aminn.

8/30/2016

Dingin?

.Terlalu indah buat ku... 
Terimakasih atas teguran sayang... Walaupun sedikit menerpa perasaan namun percayalah tiada kedinginan buat kamu selamanya,
Di hati ini di fikiran ini ia sentiasa hangat membuai perasaan. Masih ingat waktu itu?  Hingga kini tiada sesaatpun lupa tiada seinci pun lupa. Saat pertama penerokaan bermula, lembah ditimur jauh bersama permata terakhir disitu.
Kita bersama kelaparan, oasis indah dengan izin di teroka bersama syahdu iringan lembut angin buatan.
Saat oasis itu mengalirkan air nya,  kuhirup sepuasnya, jeritan nikmat meronta dalam jiwaku, namun tak terzahir dengan bicara.

Jelas kerinduan ku sangat terubat disaat itu, senyum mu..  Bagai tiada akhirnya dalam raga ku, bagai tiada sudahnya mengalir dalam darahku ia kekal disini sayang,  kekal dalam nadiku. 
Mungkin benar aku tidak mampu menipu bahawa aku akan kasihkan kamu hingga dunia ini berakhir, namun aku yakin dengan bicaraku kasih buat mu akan ada di jasad ku selagi ia tidak reput.

Sayang...  Ingat lagi amukan ratu penjaga oasis?  Jeritan nya amukannya tak pernah aku lupa, rintihannya dikala kita mengganggu dinding lembut oasis mencari air sangat mengasyikkan.
Meneguk air dari hujung permata merah memang mendamaikan,  masih terbayang betapa gelojohnya aku menghirup air yang mengalir dan dikala itu juga sang ratu terlalu marah padaku terlalu leka dengan kebeningan airnya.
Aku mengubah haluan setelah kurasakan air yang ku hirup kian berkurang, ketika aku mulakan penggalian terserlah sekali dinding oasis sangat lembut dan mulus memberi petanda masih banyak tersimpan air didalamnya,  urat ku mengembang bersemangat memulakan ekspedisi pencarian.
Jeritan sang ratu kuanggap seperti alunan semangat buatku, dinding lembut oasis ku teroka semahunya , hingga aliran air oasis membasahkan rerumput kering dipinggirnya.
Masihkah ingat sayang?  Ketika kita berehat keletihan...  Aku terlalu ingin berbaring di pangkuan mu ketika itu, namun tak terucap dari bibirku..  Kamu keletihan membantuku. Mencari aliran suci dari oasis sang ratu,
Dihujung pencarian, walaupun kita berjaya mengalirkannya namun ia hanya seketika, ketika itu aku sangat kecewa, aliran suci oasis sang ratu tak dapat ku teguk segarnya..  Ia kering ketika aku leka menggali, sang ratu kian marah padaku.  Jeritannya kian sayu...  Rayuannya memaksa aku berhenti..  Dan aku menelan kecewaku dengan senyuman, maafkan aku ratu, bukan niat menyakiti mu.

8/27/2016

Kasih tanpa noktah..

.25 Ogos 16

Pagi yang buntu,... 
Dengan poket kosong dan perut lapar, aku teruskan perjalanan pulang ke kampung biarpun dah jelas duit gajiku dah pun dimasukkan. Beberapa ATM telah aku lewati.  Namun entah kenapa langsung tak tergerak untuk berhenti.
Di serting aku ambil keputusan untuk ambil sedikit duit.  Itupun kerana lampu meter minyak dah terus menyala kalau masih teruskan mungkin aku perlu tolak kereta pulak. 
Q
Dihadapan mesin ATM terlihat Agak ramai yang beratur menunggu giliran, dek kerana tiada pilihan aku turut serta dengan rasa malas. 
Mataku tertarik pada satu kain rentang bersaiz kecil disebelah kanan ku.  Seorang lelaki bersongkok hitam Agak lusuh setia berdiri disamping sebuah meja kecil, sambil matanya merenung buku resit yang Agak tebal , sesekali tangan kanannya menaip sesuatu di telefon genggam. 
Mungkin berbalas text bersama isteri tercinta...  Lantak lah..  Fikirku.
Kepala serabut ku menafikan apa yang hendak aku buat sebelumnya.
Kain rentang kecil yang hendak ku baca tadi aku lupakan, sekadar mengutip derma fikirku.
Dihadapanku masih berbaki sekitar 5 orang lagi, dihadapan sekali seorang makcik Agak tua sedang berurusan di mesin ATM.  Belakang ku..  Ahh lantaklah siapa pun nak berdiri, tak perlu aku fikirkan. 
Hampir sepuluh minit berlalu makcik tua tadi masih belum sudah dengan urusannya, masih terkial kial dengan nombor, hati mula membara, keletihan dan emosi mula membakar rasa. Jiwa serabut ku seakan akan memekik dan membakar naluri supaya marah... 
Namun sekilas beberapa saat rasa itu bergelojak, sesuatu yang ajaib berlaku , seakan terdengar suara kamu berbisik penuh mesra dan manja "Kenapa nak marah?  Kenapa tak tolong?". Sangat jelas ia suara kamu.  Sangat tersentap ketika itu, bagai arus elektrik merasuki tubuhku, dan tertunduk seketika,  lantas istigfar beralun dihati..  Berulang kali.  Terlintas betapa kejinya perasaan ketika itu, apa kata kalau itu ibuku?
Dengan langkah lemah keletihan aku merapati makcik tua dan bertanya, "kenapa makcik?  Nak saya tolong? ".. "Maaf nak mata makcik kurang nampak ". Allahuakbar 10 minit lepas andai aku bantu tentu sekali akan mudahkan orang lain, maafkan aku ya Allah. Janganlah engkau penuhi hatiku dengan sifat syak dan wasangka lagi ya Allah.


Selesai membantu, aku kembali ke barisan,  seorang lelaki tua bertongkat rupanya dibelakang ku.  Aku terus ke barisan paling belakang biarlah orang tua tua dulu yang ambil.  Mereka tentu tak berdaya untuk berdiri lama.. 
Barisan bergerak Agak pantas , hadapan ku masih berbaki 7 orang, aku tetap sabar, sambil hatiku masih berulang mengucapkan istigfar, pandangan mata tertumpu sekali lagi pada kain rentang kecil tadi, lelaki bersongkok tadi rupanya memerhati tindakan aku, tersenyum dan aku rasa Agak malu, seakan akan hatiku dapat dibaca olehnya, aku tersengih sambil menganggukkan kepala , dan ia berbalas.
Kain rentang itu tertulis wakaf untuk sekolah tahfiz, sekitar seremban. 
Allahuakbar sekali lagi aku tersentap.  Rupanya ada sesuatu untuk aku tunaikan hari ini. 
Terimakasih Ya Allah , sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui setiap yang berada dilangit dan bumi, ampuni aku Ya Allah..  Atas kekurangan dan kelemahan insan kerdil ini.
Giliran aku tiba untuk mengambil wang di mesin ATM, sejumlah wang aku keluarkan.  Seusai itu terus menghampiri lelaki bersongkok hitam.
Aku tegur dengan salam yang setulus mungkin, jernih kelihatan wajahnya, Subhanallah bisik hatiku.
Aku bersalaman dengannya lantas membisikkan hajat ku, aku jelaskan padanya betapa wakafku nanti segala kebaikannya kuhadiahkan buat kamu, supaya kasih buat kamu nanti tidak akan berhenti untuk selamanya, aku berharap kebaikannya buat kamu sehingga ke hari pembalasan kelak.  Dia mengangguk dan mencatat namamu di helaian resit.  Lantas memanggilku untuk lafaz akad.. 
Alhamdulillah syukur, tertunai hajatku buat kamu sayang, semoga diperkenankan hajat ini.
Aku terus ke kereta dan memulakan kembali perjalanan seusai menambah petrol,  sepanjang perjalanan ku, aku tak henti henti menangis.  Sedikit kesal dalam hati, dan tidak percaya dengan kehendak Allah buat aku terasa sangat hiba dan menyesal, ada sebabnya ku digerakkan kesini.  Allah hendak aku berikan hadiah istimewa buat kamu yang aku cinta dan kasih.  MasyaAllah.... 

8/24/2016

Duhai Semilir Senja...

23 Ogos 2016
Lukisan alam 6.36pm 23 Ogos 2016 (Sungai Lui)

Hati sebak,  air bening mengalir dari kelopak mata...  Mata ku masih menatap sang suria yang kian tenggelam di ufuknya, berbalam sinar kekuningan indah mendamaikan. 
Lantas ketika itu hati berbisik seakan berbicara pada semilir senja yang menerpa lembut kewajah, Duhai semilir yang mulus, sudikah engkau membawa khabar rinduku pada dia, dia yang jauh dari ku, dia yang ku kasih... 
Duhai semilir andai benar kau berjiwa pasti kau akan mengerti betapa aku sesungguhnya dalam penderitaan yang tidak pernah ada hujungnya.
Duhai semilir andai benar kau berjiwa sudikah membantuku?  Bawakan khabar cinta dan kasih ini untuk dia, bisikkan padanya aku terlalu cintakan dia.
Juga khabarkan padanya aku sentiasa menanti hadirnya sebagai kekal dalam jiwaku, dalam darahku, dalam dagingku...
Duhai semilir, khabarkan pada yang ESA aku bermohon sembah sebagai hamba yang kerdil , lindungi dia dari sebarang keburukan dunia, jangan disakiti tubuhnya dengan bencana dan wabak penyakit.
Lindungi dia dari dari perbuatan sihir, luaskan rezekinya bukakan khazanah gerbang langit dan bumi untuknya, jauhkan dia dari sifat angkuh dan zalim, lembutkan hatinya untuk simpati pada yang perlu.
Tunaikan segala permintaan baiknya, biarpun akan menambah lukaku.. Moga di perkenankan.. 

8/14/2016

Kifarah kah ini?

11Aug16
2259hrs

Seluruh badan terasa sakit, sendi terasa sengal, kepala apatah lagi sakitnya bukan kepalang. Namun aku kuatkan semangat untuk merentasi taman perumahan kat sini demi melayan kelaparan perut yang mula mendendang lagu heavy metal. (Lapar siot).

Demam yang aku dapat beberapa hari lepas mula menyerang semula.  Dan paling aku risau sakit pada tulang belakang ni semakin kuat.

Sepanjang perjalanan aku mengelamun terkenang kisah silam.  Ok aku akan cerita lain kali sebab.....

Tiba-tiba je aku tengah minum air barli suam kat meja no 31. 😜..
Dua gelas barli suam...  Tiba tiba ada nasik pulak... 😄
Langsung tak ada kena mengena dengan tajuk... Haha. 

8/06/2016

Lintasan...

Dalam dingin pagi.. Di kala aku mula memburu rezeki, perjalanan terhenti suasana bungkam seketika..
Disisi kanan ku terlihat si ular danu merentasi banjaran titiwangsa...
Subhanallah.. 😱

Berbisik perlahan jauh disudut sanubari...  Betapa indahnya ciptaan yang Maha Esa. 

8/03/2016

Maaf..

Assalamualaikum, selamat sejahtera sekalian pembaca , selepas beberapa bulan aku tak sempat update blog ni atas alasan sibuk tahap gaban . Tapi sebenarnya aku memang ada menulis cuma tak sempat nak publishkan. Jadi aku hambik keputusan drastik disulami keyakinan tinggi mana mana yang tak sempat aku publish aku akan publish dalam blog ni secara berperingkat peringkat. Jadi korang jangan banyak soal kenapa tarikh publish dengan tarikh tulis tak sama. Ok lagi satu sebenarnya aku dah pun terbeli satu tab buruk jenama Asus, alasan dia supaya senang aku nak memblog jadi korang jangan jeles la ye hehe.  Jadi selamat membaca semula yang dah lepas tu jangan dikenang nanti merosak buah pinggang sampai merana badan, dua tiga kucing berlari, sambil berlari dia wheelie , dua tiga boleh dicari, jangan la korang sakit hati.
Selamat bertemu kembali


Yang hensem
aku3sukugila@gmail.com

Aku dan esok....

Senja di kemayan pahang.
8 julai 2016

Senja hari ini buat aku tergamam..  Manakan tidak ,tona warna senja hari ini terlalu menarik pada pandangan mata. Sempat aku merakam detik detik terakhir sebelum matahari menyimpan sinarnya.. Alah guna handphone buruk je ambik gambar ni.. Apa pun kena teh tarik cantik time gini...  Haha, blah dulu.