Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

10/31/2019

perjalanan ini.

Semalam ...  Ziarah terakhir ibu saudara di Jengka .. memang terasa kehilangannya , pada suatu waktu dahulu dialah yg paling kuat nasihatkan kami, tapi kami anggap dia kuat membebel , sekarang tiada lagi dia , dia sudah pulang dahulu lebih awal dari kami .. Al Fatihah ..
Selamat jalan Mak Ngah ... 

10/23/2019

21 Oktober 2019

Malam tadi sampai kampung, layan kerenah anak² buat kerja sikit .. jam 1pagi baru dapat lelapkan mata ...
Entah kat mana punca nya datang satu mimpi aneh, sangat pelik la buat aku, dalam mimpi tu nampak seekor anjing berwarna coklat bahagian bawah badannya berwarna putih , anjing ni agak besar badannya, anjing tu dalam kesakitan .. cedera barangkali ...
Tiba² je dalam mimpi tu Aku boleh faham pulak bahasa anjing tu (kira macam dapat berkomunikasi la, dia kata tolong jangan aniaya dia, dia pun makhluk / hamba Allah juga , dan ada dua @ tiga pesan dia pada aku, tapi sayang aku lupa apa yg di pesan ... Kemudian aku bagi anjing tu makan , dan lepas tu aku terjaga dari tidur , keadaan mimpi memang betul-betul macam dialam nyata ... Ni dah masuk hari ketiga selepas mimpi tu aku masih buntu memikirkan apa sebenarnya maksud mimpi tersebut ... Wallahualam semoga ianya membawa kebaikan dalam hidup hamba yg kekurangan ni Aamiin..

6/19/2017

Bicara jiwa luka Bab 01

Lesu dalam pembaringan,
keletihan buat mataku kian berat.. 
Namun rindu padamu buat ia sukar untuk aku menyelinap ke alam mimpi,  mataku kaku menatap siling putih. 
Otak lu ligat mengestrak kenangan demi kenangan dari saat mula bicara kenal hingga bait² kata terakhir segalanya berputar mengabstrak,  aku teroka satu demi satu, menilai jauh ke dalam diri,  aku fahami... Aku sebenarnya telah meletakkan diri dalam kancah kebodohan tersendiri, mana mungkin satu Ratna mendambakan aku,  aku dalam dunia tersendiri,  penuh dengan kekotoran. Berbicara dari sudut sepi dari satu jiwa yang tidak pernah kenal tentang diri sendiri,  namun mencari angan untuk berada disisi kamu yang dalam kemuliaan.. 
Apakah aku tidak pernah sedar semua ini? Jijiknya sepasang mata yang merenungku?  Jelas aku cuma bermimpi untuk segalanya..  
Apa pun terima kasih,  beri aku peluang untuk beberapa ratus hari, hari² itu tetap dalam mimpi ku,  hari² itu tetap akan menjadi sejarah terbilang dalam hidupku. 
Aku tak perlu apa² lagi..  Cebis² jasad ku nanti akan jadi ulasan gembira buat kamu, kerana tiada lagi pendoa hina ini bertanya kabar kamu, tiada lagi bait² bicara yang menghadirkan simpati, tiada lagi semuanya..  Semoga kamu berlapang dada dan penuh kebahagiaan. 
Semoga doa² ku akan kekal dilangit itu sehingga matahari tidak lagi terbit, sehingga pasak² bumi ini hancur...  Berbahagialah kamu, sesungguhnya aku berharap begitu, semoga Yang Teragung mengabulkan nya, bait² doa dari gelumangan lumpur kotor dan busuk.
Untuk aku?  Sementara masih tersisa hayat ini,  biarlah aku membelah angin...  Biar aku meneroka aspal..  Dan khabar gembira itu akan muncul buat kamu. Terima kasih..  
Untuk beberapa ratus hari ini,  keasyikannya membuat aku rindu.

10/07/2016

Dalam dakapan kasihku.

Assalamualaikum,  selamat pagi sayang...  Semoga dalam kasih dan lindungannya...
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Dengan kalimah-kalimahnya yang sempurna, dengan kurniaMu dengan belasMu yang Maha Agung lagi menunaikan segalanya permintaan..
Hanya padaMu Ya Allah,  aku bermohon dikala pintu langit Mu terbuka dikala benang fajar menjelma, bantulah dia Duhai Yang Maha Penyayang, berikan jalan terbaik buat dia,  insan yang ku sentiasa dalam rinduku.. 
Sesungguhnya terlalu sayu hatiku dengan usahanya untuk anak bangsa. Bantulah dia wahai Allah Yang Maha mengetahui,  mudahkan segala urusannya.
Ya Allah Yang Maha Lembut lagi Maha mengasihani,  tenangkan hatinya yang dalam kegusaran,  kuatkan semangatnya Ya Allah, kuatkan hatinya Ya Allah, kurniakan kepintaran padanya Ya Allah,  luaskan rezekinya bukakan khazanah gerbang langit dan bumi untuknya,  jauhkan dia dari keburukan dunia. Lindungi jasad dan ruhnya dari sebarang kejahatan makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan,  lindungi jasadnya dari bencana dan wabak penyakit,  panjangkan usianya, sihatkan tubuh badannya seiring usia. Lindungi dia Ya Allah jangan engkau sakiti dia Ya Allah,  kasihanilah dia... 
Ya Allah,  hanya ini yang termampu dariku untuknya,  dengan air mataku,  dengan kesungguhan ku..  Benar benar aku bermohon dariMu,  makbulkan doaku Ya Allah dengarlah rayuan ku..  Doa hambaMu yang lemah dan hina ini... 
Amin... Ya Rabbal Alamin.

0400hrs ~ 0548hrs
Jumaat
6 Muharam 1438

9/25/2016

Semoga Allah lindungi kamu walau dimana jua

Assalamualaikum,  selamat pagi sayang...  Semoga dalam lindungan dan rahmatNya...  Semoga dikasihi selamanya..  Biarpun kamu sedang terbang diawan biru,  walau di tanah mana kamu berada, doaku,  kasihku tetap bersama kamu.. Selamanya dan kekal selamanya..