Bingkisan seterusnya buat kau.(hentikan tangis mu)
Malam perlahan-lahan pergi..............
kini dinihari menjengah, setelah 1jam aku cuba lelapkan mata merehatkan tubuh kelesuan.
namun mataku terlalu degil untuk untuk dipejamkan, sesekali fikiran ku berbayang tentang warkah pertama, timbul rasa berdosa dalam diri, lalu hati berbicara sendiri, manusia apakah aku, insan kah aku, merentap perasaan seorang hawa, patutkah aku meluah rasa terbuku dengan bahasa begini, andai dia membacanya adakah dia bersedih dengan bingkisan tadi. Ya Rabb.. ampuni aku terasa berdosa aku membuat si hawa menangis. Seharusnya aku bingkiskan kata-kata manis sebelum ia terlena.
Pagi mulia ini Ya Rabb, angkatlah doaku kelangit mu, terangilah hidupnya dengan cahaya kebahagiaan, limpahi dia dengan rahmat mu, kasihi dia dengan rahim mu.. Amin ya Rabbal Alaminn.
Perlahan ku capai pipa buruk ku, ku isi lubangnya dengan Tembakau CHIEFSTON, aku perlukan ilham yang baik untuk bingkisan kali ini, biar engkau tersenyum membacanya...
Manja ku biarlah luahan tadi menjadi seperti kepulan-kepulan asap ini.. biar ia terbang bersatu dengan awan.
biar nanti titis-titis hujan yang berzikir menghapuskan semuanya, biar si sungai membawa luahan itu pergi jauh ke tengah lautan hindi, dan biar luahan itu tenggelam ke dasarnya yakni jurang-jurang lautan yang paling dalam. dan semoga kita dapat lupakannya.
Manja, andai air matamu masih mengalir, maafkan aku ini, mungkin bait-bait kata yang terhasil dari papan kekunci buruk ini tak sehebat tulisan pena bertinta emas yang pernah mereka coretkan buatmu, fahamilah aku cuma insan biasa, tak sekuat seperti diharapkan, tak sehebat seperti putera mahupun dewa kayangan,
aku tak pandai berlakon manja, aku cuma mampu berbicara sejujur adanya dan seperti biasa kejujuran akan membawa sesuatu yang tidak pernah disukai. Tapi percayalah ini adalah aku yang sebenar, lelaki yang selalu melayani kesedihanmu, lelaki yang sentiasa jauh darimu, namun aku percaya aku sentiasa dalam ingatan mu. Dan cukuplah itu sebagai hadiah paling manis buat aku, cukup sekadar kau ingat diri ini. Dan ia amat berharga hingga tiada gantinya lagi.
Manja, maafkan aku kiranya bingkisan tadi membuat matamu tak mampu dilelapkan, bukan aku sengaja semuanya hanya kerana ingin kau faham, ingin kau mengerti apa tersimpan dilubuk hati ini, maafkan aku juga manja kerana tangan ini tak sampai untuk membelaimu, tak dapat aku menepukpunggungmu hingga kau terlena. Hanya bingkisan kedua ini diharap mampu lakukannya, atau sekurang-kurangnya ia mampu memberi kekuatan padamu pada siang nanti, percayalah aku benar-benar sayangkan kamu, nilainya sangat berbeza.
Malah ku anggap kau adalah butir permata yang berkilau bak cermin, menyuluh kekurangan diri ini, lantas membaikinya sebaik mungkin.
Terimakasih manja, kehadiran mu dalam hidup ini membuka fikiran ke suatu arah baru, memberi kekuatan untuk lebih berusaha walaupun kau tak pernah memberi kata-kata semangat, tapi auranya tetap dirasai setiap pelusuk saraf ini. Maka benarlah jiwa seorang pendidik sememangnya ada kekuatan tersendiri yang barangkali tak pernah pun sesiapa ketahui, kerana mungkin mereka tidak cuba untuk mengenali.
Tapi aku berbeza manja, aku cuba berada dalam jiwamu aku cuba hayati setiap kesusahan dan keperitan yang kau ungkapkan, aku cuba hadamkannya sebaik mungkin dan aku cuba sedaya upaya untuk zahirkan impianmu. Cuma masanya belum tiba harap kau mampu menunggu.
Manja aku tahu hatimu sangat kuat, jiwamu sangat tabah dalam memijak duri-duri kehidupan ini, malah aku rasa aku tidak setabah kamu dalam menjalani ujian hidup yang kau lalui, kau hebat manja sukar untuk dicari insan sepertimu,percayalah manja Tuhan sangat adil dia berikan dugaan hanya pada mereka yang mampu menanggungnya, dan ia akan berakhir dengan kebahagiaan..Apa yang perlu adalah sabar dan tawakal.
Manja, aku harap matamu mampu dilelapkan, masih bersisa beberapa jam lagi untuk kau rehatkan tubuhmu.
Semoga masih ada esok untuk kita berbicara..
Dari aku yang merinduimu...
aku3sukugila@gmail.com
1am~2.27am
20/11/2015
Pagi Jumaat.
Malam perlahan-lahan pergi..............
kini dinihari menjengah, setelah 1jam aku cuba lelapkan mata merehatkan tubuh kelesuan.
namun mataku terlalu degil untuk untuk dipejamkan, sesekali fikiran ku berbayang tentang warkah pertama, timbul rasa berdosa dalam diri, lalu hati berbicara sendiri, manusia apakah aku, insan kah aku, merentap perasaan seorang hawa, patutkah aku meluah rasa terbuku dengan bahasa begini, andai dia membacanya adakah dia bersedih dengan bingkisan tadi. Ya Rabb.. ampuni aku terasa berdosa aku membuat si hawa menangis. Seharusnya aku bingkiskan kata-kata manis sebelum ia terlena.
Pagi mulia ini Ya Rabb, angkatlah doaku kelangit mu, terangilah hidupnya dengan cahaya kebahagiaan, limpahi dia dengan rahmat mu, kasihi dia dengan rahim mu.. Amin ya Rabbal Alaminn.
Perlahan ku capai pipa buruk ku, ku isi lubangnya dengan Tembakau CHIEFSTON, aku perlukan ilham yang baik untuk bingkisan kali ini, biar engkau tersenyum membacanya...
Manja ku biarlah luahan tadi menjadi seperti kepulan-kepulan asap ini.. biar ia terbang bersatu dengan awan.
biar nanti titis-titis hujan yang berzikir menghapuskan semuanya, biar si sungai membawa luahan itu pergi jauh ke tengah lautan hindi, dan biar luahan itu tenggelam ke dasarnya yakni jurang-jurang lautan yang paling dalam. dan semoga kita dapat lupakannya.
Manja, andai air matamu masih mengalir, maafkan aku ini, mungkin bait-bait kata yang terhasil dari papan kekunci buruk ini tak sehebat tulisan pena bertinta emas yang pernah mereka coretkan buatmu, fahamilah aku cuma insan biasa, tak sekuat seperti diharapkan, tak sehebat seperti putera mahupun dewa kayangan,
aku tak pandai berlakon manja, aku cuma mampu berbicara sejujur adanya dan seperti biasa kejujuran akan membawa sesuatu yang tidak pernah disukai. Tapi percayalah ini adalah aku yang sebenar, lelaki yang selalu melayani kesedihanmu, lelaki yang sentiasa jauh darimu, namun aku percaya aku sentiasa dalam ingatan mu. Dan cukuplah itu sebagai hadiah paling manis buat aku, cukup sekadar kau ingat diri ini. Dan ia amat berharga hingga tiada gantinya lagi.
Manja, maafkan aku kiranya bingkisan tadi membuat matamu tak mampu dilelapkan, bukan aku sengaja semuanya hanya kerana ingin kau faham, ingin kau mengerti apa tersimpan dilubuk hati ini, maafkan aku juga manja kerana tangan ini tak sampai untuk membelaimu, tak dapat aku menepuk
Malah ku anggap kau adalah butir permata yang berkilau bak cermin, menyuluh kekurangan diri ini, lantas membaikinya sebaik mungkin.
Tapi aku berbeza manja, aku cuba berada dalam jiwamu aku cuba hayati setiap kesusahan dan keperitan yang kau ungkapkan, aku cuba hadamkannya sebaik mungkin dan aku cuba sedaya upaya untuk zahirkan impianmu. Cuma masanya belum tiba harap kau mampu menunggu.
Manja aku tahu hatimu sangat kuat, jiwamu sangat tabah dalam memijak duri-duri kehidupan ini, malah aku rasa aku tidak setabah kamu dalam menjalani ujian hidup yang kau lalui, kau hebat manja sukar untuk dicari insan sepertimu,percayalah manja Tuhan sangat adil dia berikan dugaan hanya pada mereka yang mampu menanggungnya, dan ia akan berakhir dengan kebahagiaan..Apa yang perlu adalah sabar dan tawakal.
Manja, aku harap matamu mampu dilelapkan, masih bersisa beberapa jam lagi untuk kau rehatkan tubuhmu.
Dari aku yang merinduimu...
aku3sukugila@gmail.com
1am~2.27am
20/11/2015
Pagi Jumaat.
1 ulasan:
Senyum...tak perlu kata apa2.
Catat Ulasan