Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

8/27/2016

Kasih tanpa noktah..

.25 Ogos 16

Pagi yang buntu,... 
Dengan poket kosong dan perut lapar, aku teruskan perjalanan pulang ke kampung biarpun dah jelas duit gajiku dah pun dimasukkan. Beberapa ATM telah aku lewati.  Namun entah kenapa langsung tak tergerak untuk berhenti.
Di serting aku ambil keputusan untuk ambil sedikit duit.  Itupun kerana lampu meter minyak dah terus menyala kalau masih teruskan mungkin aku perlu tolak kereta pulak. 
Q
Dihadapan mesin ATM terlihat Agak ramai yang beratur menunggu giliran, dek kerana tiada pilihan aku turut serta dengan rasa malas. 
Mataku tertarik pada satu kain rentang bersaiz kecil disebelah kanan ku.  Seorang lelaki bersongkok hitam Agak lusuh setia berdiri disamping sebuah meja kecil, sambil matanya merenung buku resit yang Agak tebal , sesekali tangan kanannya menaip sesuatu di telefon genggam. 
Mungkin berbalas text bersama isteri tercinta...  Lantak lah..  Fikirku.
Kepala serabut ku menafikan apa yang hendak aku buat sebelumnya.
Kain rentang kecil yang hendak ku baca tadi aku lupakan, sekadar mengutip derma fikirku.
Dihadapanku masih berbaki sekitar 5 orang lagi, dihadapan sekali seorang makcik Agak tua sedang berurusan di mesin ATM.  Belakang ku..  Ahh lantaklah siapa pun nak berdiri, tak perlu aku fikirkan. 
Hampir sepuluh minit berlalu makcik tua tadi masih belum sudah dengan urusannya, masih terkial kial dengan nombor, hati mula membara, keletihan dan emosi mula membakar rasa. Jiwa serabut ku seakan akan memekik dan membakar naluri supaya marah... 
Namun sekilas beberapa saat rasa itu bergelojak, sesuatu yang ajaib berlaku , seakan terdengar suara kamu berbisik penuh mesra dan manja "Kenapa nak marah?  Kenapa tak tolong?". Sangat jelas ia suara kamu.  Sangat tersentap ketika itu, bagai arus elektrik merasuki tubuhku, dan tertunduk seketika,  lantas istigfar beralun dihati..  Berulang kali.  Terlintas betapa kejinya perasaan ketika itu, apa kata kalau itu ibuku?
Dengan langkah lemah keletihan aku merapati makcik tua dan bertanya, "kenapa makcik?  Nak saya tolong? ".. "Maaf nak mata makcik kurang nampak ". Allahuakbar 10 minit lepas andai aku bantu tentu sekali akan mudahkan orang lain, maafkan aku ya Allah. Janganlah engkau penuhi hatiku dengan sifat syak dan wasangka lagi ya Allah.


Selesai membantu, aku kembali ke barisan,  seorang lelaki tua bertongkat rupanya dibelakang ku.  Aku terus ke barisan paling belakang biarlah orang tua tua dulu yang ambil.  Mereka tentu tak berdaya untuk berdiri lama.. 
Barisan bergerak Agak pantas , hadapan ku masih berbaki 7 orang, aku tetap sabar, sambil hatiku masih berulang mengucapkan istigfar, pandangan mata tertumpu sekali lagi pada kain rentang kecil tadi, lelaki bersongkok tadi rupanya memerhati tindakan aku, tersenyum dan aku rasa Agak malu, seakan akan hatiku dapat dibaca olehnya, aku tersengih sambil menganggukkan kepala , dan ia berbalas.
Kain rentang itu tertulis wakaf untuk sekolah tahfiz, sekitar seremban. 
Allahuakbar sekali lagi aku tersentap.  Rupanya ada sesuatu untuk aku tunaikan hari ini. 
Terimakasih Ya Allah , sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui setiap yang berada dilangit dan bumi, ampuni aku Ya Allah..  Atas kekurangan dan kelemahan insan kerdil ini.
Giliran aku tiba untuk mengambil wang di mesin ATM, sejumlah wang aku keluarkan.  Seusai itu terus menghampiri lelaki bersongkok hitam.
Aku tegur dengan salam yang setulus mungkin, jernih kelihatan wajahnya, Subhanallah bisik hatiku.
Aku bersalaman dengannya lantas membisikkan hajat ku, aku jelaskan padanya betapa wakafku nanti segala kebaikannya kuhadiahkan buat kamu, supaya kasih buat kamu nanti tidak akan berhenti untuk selamanya, aku berharap kebaikannya buat kamu sehingga ke hari pembalasan kelak.  Dia mengangguk dan mencatat namamu di helaian resit.  Lantas memanggilku untuk lafaz akad.. 
Alhamdulillah syukur, tertunai hajatku buat kamu sayang, semoga diperkenankan hajat ini.
Aku terus ke kereta dan memulakan kembali perjalanan seusai menambah petrol,  sepanjang perjalanan ku, aku tak henti henti menangis.  Sedikit kesal dalam hati, dan tidak percaya dengan kehendak Allah buat aku terasa sangat hiba dan menyesal, ada sebabnya ku digerakkan kesini.  Allah hendak aku berikan hadiah istimewa buat kamu yang aku cinta dan kasih.  MasyaAllah.... 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Smiling.. Ahaks