Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

12/09/2015

Trip Terkejut !!!


   Aku betul-betul dah tak boleh tahan, kepala berserabut dengan masalah yang tak henti-henti bertandang, Hmm..  Tekanan.. Ye tekanan, jadi Ahad lepas, aku ambil keputusan yang sangat nekad, se nekad pengebom berani mati.. Hehe cakap je tapi aku bukan berani sangat pun,  
   Sepanjang perjalanan dari jelebu, otak aku dah mula terbayang sungai teriang yang keruh airnya, yang kaya dengan misteri,  yang banyak pejuang-pejuang berani mati..  Ye baung dan patin maksud aku,  hihi..  Hmm..  Tapi aku belum beli umpan, jalan yang aku ikut hari tu, memang tak ada kedai menjual umpan, otak ligat mencari idea untuk keluar ke pekan kemayan setelah sampai ke kampung,  Yelah kalau alasan nak keluar beli umpan, memang mak datin sorang ni takkan bagi pergi..  Kalau lepas pun pasti muncung panjang sampai ke malam , fikir punya fikir dapat la idea, memang kebetulan aku ada janji dengan member nak jumpa hari tu,  So ejas plan,  jumpa dekat kemayan,  Hehe.. Lepas je selesai urusan dengan member aku pun tak berlengah lagi, terus terkam kat  kedai pancing....
   Baru cadang nak beli cengkerik dua ingit... Tapi amoi yang jaga tu terus je cakap, pak cik cengkerik hidup dah tak jual..  Aku terkesima kejap..  Dalam hati menyumpah,  ada ke patut aku di pakcik kan nya..  Dah la tu cengkerik dah tak jual pulak,..  Habis jahanam plan aku, masa tu angin kus-kus mula datang, badan aku mula rasa macam nak demam, peluh jantan dan pempuan mula merenik dari kaki rambut yang baru nak tumbuh, ''apasal moi tak mau niaga lagi ka?'' aku bersuara kepit ala-ala datuk syukuri.. Amoi tu senyum manja kat aku,  hampir-hampir aku rebah ke lantai sambil mulut berbuih, dek tergoda dengan senyuman manja amoi tu..  ''takde pakcik,kita jual cengkerik dalam tin je sekarang''.. Aku terus tersedak asap rokok secara automatik,rokok John di antara jari telunjuk dan jari hantu di tangan kiri hampir terlepas sepitan nya, riak muka berubah (mujur sempat kawal) ''Aik dalam tin'' aku menyuarakan keanehan, pelik tapi betul, mataku terpacak penglihatan nya pada susunan tin yang di tunjukkan pada aku jelas tin hijau tu tertulis ''omega crickets''.
                                                Cengkerik dalam tin... dah macam sardin pulak aku tengok...haha !!!                                 
             



















Ok ... tak apa aku cuba sebab tak banyak pilihan.. bukan tak banyak tapi senang cakap tak ada pilihan lain memang tu je yang ada nak buat apa lagi kan, ''berapa harga ni moi'' tanya ku lagi, ''lima ringgit setengah je pak cik''... dia menjawab sambil tersengih-sengih, aku sabar je dengan amoi sorang ni, nak aku lempang kang anak orang, tapi di pak cik kannya aku, sabarrr... sabarrrr...
Lepas aku bayar harga terus aku blah dari kedai pancing tu, dengan fikiran sedikit buntu,pelik dan angin satu badan (sebab amoi tu panggil aku pak cik...) ade ke patut, aku yang muda remaja ni di panggil pak cik... aku menggumam sendiri,
Skuter Demak hijau aku pecut selaju 60kmj, biar cepat sampai rumah, tak tahan dah nak pergi memancing ..
sampai je aku terus cari barang-barang pancing yang dah berbulan tak aku usik, belek beg, joran tapi pisau aku tak jumpa, adoiii... penting tu pisau kena ada, apa-apa mara bahaya tulah yang sangat perlu.. tak pelah pinjam je parang orang tua aku, heheh... tapi kasut but takde hmm, tak pelah pakai slipar aje.
   Ok hari ahad tu aku berteman dua set alatan memancing, kekili Tohu Shima saiz 500 (sebutan Togu Shima) dengan jenama Pioneer Hercules bersaiz 500 juga.. Kecik tapi kuasa boleh di harap, sebab pernah naikkan empat ekor patin bersaiz 1~2kg dengan peralatan mikro ni... macam tak caya kan, tapi memang betul.. apa yang perlu dalam dunia pancing adalah teknik dan kemahiran, dapat tak dapat tu rezeki. Aku memang suka sangat guna peralatan mikro sejak kebelakangan ni, kenapa... haa..  sebab keseronokan ketika bertarung lebih tinggi.... lenturan joran, kawalan tali dan secara tak langsung ia mengajar kita sesuatu .. Sabar..

   Ok .. sambung cerita... sekitar jam 2.30pm aku berlepas dari rumah ke lapangan memancing, gerak hati aku lebih ke arah matahari terbenam, ok tak pe aku ikut, sebenarnya aku tak sasarkan tangkapan hari ini, tapi lebih sekadar lepaskan tension... Ok lubuk pertama aku singgah, tapi malang dah ada orang, memancing dari bot fiber..
Lubuk Pertama..
Ok tak apa bukan rezeki nak duduk sini, aku hidupkan enjin motosikal modenas hitam, dan berlalu (tak boleh bawak skuter takut roboh enjin hihi...)... beberapa selekoh sungai aku singgah tapi hati tak berkenan, aku tarus bergerak dengan motosikal modenas ku... Dan nah... satu lubuk baik .. tempat teduh dan selesa..
Lubuk kedua..

Walaupun aku tak sasarkan sebarang tangkapan tapi kedudukan tetap kena sesuai, yelah nak bersantai la katakan...
Ok aku mula membuka tin cengkerik yang aku beli tadi.. hmmm...

ni dia isi dalam tin tu... waaa... menarik...
Ok nampak mantap juga cengkerik dalam tin ni, tak apa kita cuba dulu baru tau power ke tidak cengkerik dalam tin ni.....
Masa terus merangkak pergi, aku bersandar di pangkal sawit, sambil merenung jauh ke selekoh sungai, sesekali memerhati ke arah joran, dengan harapan ada renggutan dari penghuni sungai triang ni......Tapi yilek.. satu renggutan pun tak ada, mujur ada bawak hand phone baru hehe, jadi nilah gambar-gambar yang terhasil dari hand phone baru ZTE Blade Q Lux yang aku beli dengan harga Rm100.

   Akhirnya sampai ke sudah ikan tak makan umpan, jam pula dah tunjukkan waktu 6.30 petang, bateri hand phone pun dah habis.. jadi aku ambil keputusan untuk balik, haha.. senang cerita memang bangau terus aku hari tu, usah kata patin atau baung, anak seluang pun tak jamah umpan, tapi takpelah... aku pun tak sasarkan apa-apa tangkapan, cuma nak melepak sambil tenangkan fikiran .. lagi pun aku suka duduk tepi sungai macam ni sorang-sorang, aman damai... dan juga dapat penuhkan paru-paru dengan udara bersih lagi segar, jauh dari bising bunyi kenderaan dan sebagainya.
Ok lah rasanya cukup sampai sini cerita aku.. mana tau minggu depan ada rezeki nak pergi memancing lagi..
hah, yang pasti aku kena guna cengkerik dalam tin pulak lepas ni, keh keh....Oh ye cengkerik dalam tin yang aku guna hari ahad tu, aku bagi ke mak aku sudahnya, suruh dia bagi ayam dengan ikan puyu dia dalam akuarium makan..
Sekian... jumpa lagi pada trip akan datang InsyaAllah..
Assalamualaikum...
aku3sukugila@gmail.com
mula hari isnin sampai hari ni baru siap tulis... haha Sibuk Bro..
9.19pm
9 november 2015

12/07/2015

Adakah ini satu perjuangan?...

   Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki normal sejak tahun itu, bulan itu, saat itu..
aku juga membesar sebagai lelaki normal, walaupun bentuk badan tak sado, tapi itulah aku
aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, ya di satu tempat terpencil di sebuah kawasan penempatan di sekitar Pahang, membesar dengan teman-teman sebaya aku penuh dengan suka dan duka, tapi bukan ini kisah yang nak aku cerita, belum lagi...

   Sampailah masa untuk aku berdikari hidup dengan haluan sendiri, membawa nasib jauh ke kota di hujung semenanjung yee itulah dia Johor Baru, tapi lebih dikenali sebagai JB. Hidup disini memang penuh dengan keseronokan macam macam ada, apa yang tak pernah aku lihat di kampung semua ada disini, cuma yang tak ada keluarga aku, lama juga aku di JB dua tahun kira-kira adanya, lama kelamaan aku rasa bosan dengan gaya hidup disini, gaji tak pernah cukup untuk sebulan walaupun pada ketika itu pendapatan aku dikira sangat lumayan, tapi apa boleh buat dek keseronokan aku lupa dunia, tak pernah teringat langsung untuk meyimpan di hari tua, yelah mana nak ingat kan, masa tu aku muda belia lagi belum pun capai 20 tahun..

   Bandar JB aku tinggalkan walaupun banyak kenangan tapi aku tak peduli lagi, lantaklah aku nak merasa negeri-negeri yang lain pulak, kemudian ke Melaka negeri kelahiran aku, Selangor,Negeri Sembilan dan aku mula malas untuk berhijrah lagi dengan alasan dah semakin berumur, sampai bila aku nak kehulu kehilir tiada arah tujuan.

   Dengan bantuan seorang jiran yang ku panggil kakak aku mendapat kerja dan aku tak pernah sangka kerja ini kekal dengan aku sampai hari ini (mungkin kerana doa dari kedua orang tuaku).
empat tahun selepas aku bekerja orang tuaku mula bising, bila kau nak kawin ni? soalan biasa yang aku dengar, sampaikan kadang-kadang aku sengaja balik awal ke negeri sembilan sebab tak tahan dengan soalan cepu emas yang diberi.

  Setahun selepas itu ya masih segar dalam ingatan, aku bertemu jodoh dengan isteriku, namun sebulan sebelum kami diijabkabul aku menerima dugaan yang berat dan masih aku tanggung sehingga kini.
   Pada bulan May 2005 aku disahkan menghidap penyakit  Hyper Thyroid, sangat aktif hingga berat badan menyusut dengan terlalu pantas. Dari 65kg turun ke 40kg tak sampai 2minggu, pelbagai rawatan aku cuba dari hospital hinggalah ke rawatan alternatif, namun semuanya buntu, kadar pemulihan sangat perlahan, dalam masa yang sama kesihatan aku juga makin merosot, mata mula membengkak seakan akan terkeluar dari soketnya, telalu mudah demam, dan apa yang lebih menakutkan aku selalu bermimpi buruk, lemah daya ingatan dan mula jadi seorang yang terlalu beremosi.
Bersambung...