Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

8/24/2016

Duhai Semilir Senja...

23 Ogos 2016
Lukisan alam 6.36pm 23 Ogos 2016 (Sungai Lui)

Hati sebak,  air bening mengalir dari kelopak mata...  Mata ku masih menatap sang suria yang kian tenggelam di ufuknya, berbalam sinar kekuningan indah mendamaikan. 
Lantas ketika itu hati berbisik seakan berbicara pada semilir senja yang menerpa lembut kewajah, Duhai semilir yang mulus, sudikah engkau membawa khabar rinduku pada dia, dia yang jauh dari ku, dia yang ku kasih... 
Duhai semilir andai benar kau berjiwa pasti kau akan mengerti betapa aku sesungguhnya dalam penderitaan yang tidak pernah ada hujungnya.
Duhai semilir andai benar kau berjiwa sudikah membantuku?  Bawakan khabar cinta dan kasih ini untuk dia, bisikkan padanya aku terlalu cintakan dia.
Juga khabarkan padanya aku sentiasa menanti hadirnya sebagai kekal dalam jiwaku, dalam darahku, dalam dagingku...
Duhai semilir, khabarkan pada yang ESA aku bermohon sembah sebagai hamba yang kerdil , lindungi dia dari sebarang keburukan dunia, jangan disakiti tubuhnya dengan bencana dan wabak penyakit.
Lindungi dia dari dari perbuatan sihir, luaskan rezekinya bukakan khazanah gerbang langit dan bumi untuknya, jauhkan dia dari sifat angkuh dan zalim, lembutkan hatinya untuk simpati pada yang perlu.
Tunaikan segala permintaan baiknya, biarpun akan menambah lukaku.. Moga di perkenankan.. 

5/03/2016

Maafkan aku .......

Petang itu.... pemanduanku penuh hiba, hati sarat dengan kehampaan...janji ditempat itu kutunaikan walaupun tidak terlihat walau sekilas bayang mu... aku mengerti, amarah mungkin menguasai lantaran itu janji terbatal, betul memang aku layak terima hukuman ini, aku redo,... perjalanan itu ditemani renik dari langit menggenang dijalanan dan kelenjar mata ini jua merembeskan apa yang terbuku dihati... tiada tujuan sedari pagi aku merentas sejauh ini semata mata untuk memohon moga khilaf ku diampun, aku ingin bicarakannya biar bertentang mata, biar kau baca ikhlas dari mata ini.. namun hampa...                                                               Hari ini hari keempat aku tanpa nikmat tidur, kenapa? aku sangat kecewa kerana melukai hatimu... MAAFKAN aku seadanya, segalanya silapku terlalu menurut perasaan, dunia menghimpitku dengan bebanan.......
jemari ini tak mampu lagi untuk teruskan kesinambungan kata kata ... maaf.. biar setakat ini dulu, seterusnya nanti biar aku berterus terang .