Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

6/22/2016

Misteri... !!?...

21 jun 2016
Hari kedua kerja malam bagi bulan ni, mata agak berat malam ni, mungkin keletihan kerana perjalanan dari kampung tadi, walaupun jaraknya tidaklah terlalu jauh sekitar 75km tapi badan terasa letih.
Jadi sekitar jam 2am tadi aku ambil keputusan untuk melelapkan mata seketika, sambil mendengar alunan nasyid dan zikir dari komputer meja. Entah bila aku terlena tak pasti tapi sebentar tadi sekitar 12minit sebelum jam 3am aku tersentak dari lena, kerana terdengar suara menangis yang aku rasa betul betul hampir dengan aku, suara tidak terlalu kuat, tapi sangat jelas bunyi orang menangis tersedu sedu..
Aku memerhati sekeliling, ternyata tiada sesiapa didalam ruangan pejabat, mahu pun tempat aku terlena.

Buntu...
Siapakah ?..