Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

10/07/2016

Dalam dakapan kasihku.

Assalamualaikum,  selamat pagi sayang...  Semoga dalam kasih dan lindungannya...
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Dengan kalimah-kalimahnya yang sempurna, dengan kurniaMu dengan belasMu yang Maha Agung lagi menunaikan segalanya permintaan..
Hanya padaMu Ya Allah,  aku bermohon dikala pintu langit Mu terbuka dikala benang fajar menjelma, bantulah dia Duhai Yang Maha Penyayang, berikan jalan terbaik buat dia,  insan yang ku sentiasa dalam rinduku.. 
Sesungguhnya terlalu sayu hatiku dengan usahanya untuk anak bangsa. Bantulah dia wahai Allah Yang Maha mengetahui,  mudahkan segala urusannya.
Ya Allah Yang Maha Lembut lagi Maha mengasihani,  tenangkan hatinya yang dalam kegusaran,  kuatkan semangatnya Ya Allah, kuatkan hatinya Ya Allah, kurniakan kepintaran padanya Ya Allah,  luaskan rezekinya bukakan khazanah gerbang langit dan bumi untuknya,  jauhkan dia dari keburukan dunia. Lindungi jasad dan ruhnya dari sebarang kejahatan makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan,  lindungi jasadnya dari bencana dan wabak penyakit,  panjangkan usianya, sihatkan tubuh badannya seiring usia. Lindungi dia Ya Allah jangan engkau sakiti dia Ya Allah,  kasihanilah dia... 
Ya Allah,  hanya ini yang termampu dariku untuknya,  dengan air mataku,  dengan kesungguhan ku..  Benar benar aku bermohon dariMu,  makbulkan doaku Ya Allah dengarlah rayuan ku..  Doa hambaMu yang lemah dan hina ini... 
Amin... Ya Rabbal Alamin.

0400hrs ~ 0548hrs
Jumaat
6 Muharam 1438