10/31/2019
perjalanan ini.
10/23/2019
21 Oktober 2019
9/19/2016
Misteri Terjawab Akhirnya.. .
Tiada siapa pedulikan dia, aman tanpa gangguan..
Jam 0900 hrs kehilangan disedari, cukup misteri, berbagai persoalan memukul di hati, kemana hilangnya dia, apa mungkin cahaya suram subuh tadi telah menjemput dia ke alam lain?
Misi mencari dan menyelamat dijalankan, bermula jam 1000 hrs, segenap sudut telah menjadi sasaran, setiap arah adalah kemungkinan ia berada.
Misi S A R dihentikan jam 1230 hrs, rehat makan tengahari.
Misi diteruskan jam 1330 hrs.. Panggilan tidak memberi sahutan, tiada respond, cukup misteri kehilangan kali ini, keanehan yang terlalu jauh untuk sebuah jawapan.. Seram dan panik menguasai diri, jam 1600 hrs misi dihentikan atas permintaan pasukan S A R, rancangan kartun menjadi pilihan santai untuk pasukan berehat dan terlelap.
Dua belas jam berlalu tanpa berita, tiada sebarang tanda, tiada isyarat ping dikesan.. Aneh cukup aneh.. Keluasan 22x90 kaki persegi telah hampir selesai diteroka, namun tiada sebarang jejak atau petanda kehadiran nya, dan tiada pemetaan di lakukan .
Aku sangat kehairanan ternanti nanti sesuatu dan sangat berharap ia masih bernyawa.
Resah memuncak ketika malam berganti, dan keputusan dibuat, beli baru jelah dah hilang nak buat macam mana.. Dan otak ku masih berkira kira dengan modal yang rendah jenama apa yang termampu, bagi menggantikan nya.
Paginya aku bertugas seperti biasa.. . Tanpa kehadiran dia.
Dan detik terakhir dalam satu jawapan pasti.. Ketika aku membuka peti ais untuk mengambil minuman berkarbonat... Ya Allah kat sini kau rupanya.. Aku bungkam seketika, tiada kata dapat di ucapkan, penat mencari sekitar rumah dalam peti ais rupanya.. Sabar je.. Sah tidak bernyawa lagi.. . Aku biarkan seketika biar hilang sejuk.. Aku pacak kan jet pengecas di lubang nya.. Aktiviti mengecas bermula, syukur masih elok .
Jam 2100 diaktifkan semula.. Dan maaf semua atas kesulitan.. Dan ... Dukeeeeeeee!!! !!! Aduhai.
![]() |
| Keadaan selepas 20 jam dalam peti ais. |
9/01/2016
Semoga dalam rahmatNya..
1 September 2016
6.30am
Assalamualaikum, buat kekasihku tercinta...
Seandainya kesihatanmu terganggu, semoga Allah kembalikan kesihatanmu semula.
Seandainya dalam masalah, semoga dikurnia jalan penyelesaian terbaik .
Dan ku pohon juga dari Tuhanku yang Maha Agung, agar kamu senantiasa dikurniakan ketabahan dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup,
Dikurniakan untukmu keberkatan dari segala kebaikan.
Dilindungi jasad mu dari sebarang keburukan perbuatan keji sihir, bencana dan terlindung dari segala wabak penyakit.
Juga moga kamu dikurniakan keluasan rezeki yang tidak terhingga... Dalam rahmat dan kasih sayangnya sentiasa..
Insya-Allah ...
Rinduku sehangat matahari..
1 September 2016
Salam rindu buatmu sayang, semoga kau dalam lindungannya.
Sayang pagi ini terlalu dingin, hujan sejak petang semalam masih tidak lagi sejukkannya, Penghawa dingin juga masih tidak mampu sejukkan kerinduan ini. Ia sehangat sinar mentari pagi, terang dan panas namun tidak menyakitkan.
Paginya salam ku tidak bersambut, andaian ku mungkin kesihatan mu terganggu, kerana bicara terakhir kamu kesejukan bersama gumpalan selimut tebal. Andai benar semoga kamu segera kembali sejahtera, kerana setiap hari aku berdoa semoga kesejahteraan kamu akan kekal sepanjang hayat, semoga diperkenankan permintaan ini.
Dariku yang merindu....
8/31/2016
Keletihan...tidur sekejap.
Pemanduan dari tempat kerja ke Temerloh..
Terpaksa parking sekejap... Letih teramat dan mengantuk..
Jom tidur...😴
Semoga dalam rahmatnya
Assalamualaikum, selamat pagi sayang... Semoga kamu ceria pagi ini, mungkin sayang masih lagi bergumpal dengan selimut tebal diatas katil empuk, kerana hari ini tentunya cuti umum, seluruh negara menyambut hari kemerdekaan.
Teringin benar rasanya untuk menikmati saat begini dengan kamu.. Melayari keasyikan pagi, tanpa perlu berfikir soal kerja dan sebagainya.. Humm tentu asyik sekali..
Apa pun aku tetap berdoa buat kamu , semoga kekasihku ini sentiasa dalam kasih sayang Allah, sentiasa dalam berkatnya, sentiasa dilindunginya sepanjang masa..
Dan pintaku padanya semoga kasih dan cinta ini tak akan pernah berhenti untuk kamu kekasihku dalam jantung ku dalam nafas ku, sepanjang hayat ini... Aminn.
8/30/2016
Dingin?
.Terlalu indah buat ku...
Terimakasih atas teguran sayang... Walaupun sedikit menerpa perasaan namun percayalah tiada kedinginan buat kamu selamanya,
Di hati ini di fikiran ini ia sentiasa hangat membuai perasaan. Masih ingat waktu itu? Hingga kini tiada sesaatpun lupa tiada seinci pun lupa. Saat pertama penerokaan bermula, lembah ditimur jauh bersama permata terakhir disitu.
Kita bersama kelaparan, oasis indah dengan izin di teroka bersama syahdu iringan lembut angin buatan.
Saat oasis itu mengalirkan air nya, kuhirup sepuasnya, jeritan nikmat meronta dalam jiwaku, namun tak terzahir dengan bicara.
Jelas kerinduan ku sangat terubat disaat itu, senyum mu.. Bagai tiada akhirnya dalam raga ku, bagai tiada sudahnya mengalir dalam darahku ia kekal disini sayang, kekal dalam nadiku.
Mungkin benar aku tidak mampu menipu bahawa aku akan kasihkan kamu hingga dunia ini berakhir, namun aku yakin dengan bicaraku kasih buat mu akan ada di jasad ku selagi ia tidak reput.
Sayang... Ingat lagi amukan ratu penjaga oasis? Jeritan nya amukannya tak pernah aku lupa, rintihannya dikala kita mengganggu dinding lembut oasis mencari air sangat mengasyikkan.
Meneguk air dari hujung permata merah memang mendamaikan, masih terbayang betapa gelojohnya aku menghirup air yang mengalir dan dikala itu juga sang ratu terlalu marah padaku terlalu leka dengan kebeningan airnya.
Aku mengubah haluan setelah kurasakan air yang ku hirup kian berkurang, ketika aku mulakan penggalian terserlah sekali dinding oasis sangat lembut dan mulus memberi petanda masih banyak tersimpan air didalamnya, urat ku mengembang bersemangat memulakan ekspedisi pencarian.
Jeritan sang ratu kuanggap seperti alunan semangat buatku, dinding lembut oasis ku teroka semahunya , hingga aliran air oasis membasahkan rerumput kering dipinggirnya.
Masihkah ingat sayang? Ketika kita berehat keletihan... Aku terlalu ingin berbaring di pangkuan mu ketika itu, namun tak terucap dari bibirku.. Kamu keletihan membantuku. Mencari aliran suci dari oasis sang ratu,
Dihujung pencarian, walaupun kita berjaya mengalirkannya namun ia hanya seketika, ketika itu aku sangat kecewa, aliran suci oasis sang ratu tak dapat ku teguk segarnya.. Ia kering ketika aku leka menggali, sang ratu kian marah padaku. Jeritannya kian sayu... Rayuannya memaksa aku berhenti.. Dan aku menelan kecewaku dengan senyuman, maafkan aku ratu, bukan niat menyakiti mu.
8/27/2016
Kasih tanpa noktah..
Dengan poket kosong dan perut lapar, aku teruskan perjalanan pulang ke kampung biarpun dah jelas duit gajiku dah pun dimasukkan. Beberapa ATM telah aku lewati. Namun entah kenapa langsung tak tergerak untuk berhenti.
Di serting aku ambil keputusan untuk ambil sedikit duit. Itupun kerana lampu meter minyak dah terus menyala kalau masih teruskan mungkin aku perlu tolak kereta pulak.
Dihadapan mesin ATM terlihat Agak ramai yang beratur menunggu giliran, dek kerana tiada pilihan aku turut serta dengan rasa malas.
Mungkin berbalas text bersama isteri tercinta... Lantak lah.. Fikirku.
Kepala serabut ku menafikan apa yang hendak aku buat sebelumnya.
Kain rentang kecil yang hendak ku baca tadi aku lupakan, sekadar mengutip derma fikirku.
Hampir sepuluh minit berlalu makcik tua tadi masih belum sudah dengan urusannya, masih terkial kial dengan nombor, hati mula membara, keletihan dan emosi mula membakar rasa. Jiwa serabut ku seakan akan memekik dan membakar naluri supaya marah...
Barisan bergerak Agak pantas , hadapan ku masih berbaki 7 orang, aku tetap sabar, sambil hatiku masih berulang mengucapkan istigfar, pandangan mata tertumpu sekali lagi pada kain rentang kecil tadi, lelaki bersongkok tadi rupanya memerhati tindakan aku, tersenyum dan aku rasa Agak malu, seakan akan hatiku dapat dibaca olehnya, aku tersengih sambil menganggukkan kepala , dan ia berbalas.
Allahuakbar sekali lagi aku tersentap. Rupanya ada sesuatu untuk aku tunaikan hari ini.
Aku tegur dengan salam yang setulus mungkin, jernih kelihatan wajahnya, Subhanallah bisik hatiku.
Aku bersalaman dengannya lantas membisikkan hajat ku, aku jelaskan padanya betapa wakafku nanti segala kebaikannya kuhadiahkan buat kamu, supaya kasih buat kamu nanti tidak akan berhenti untuk selamanya, aku berharap kebaikannya buat kamu sehingga ke hari pembalasan kelak. Dia mengangguk dan mencatat namamu di helaian resit. Lantas memanggilku untuk lafaz akad..
8/24/2016
Duhai Semilir Senja...
Duhai semilir andai benar kau berjiwa pasti kau akan mengerti betapa aku sesungguhnya dalam penderitaan yang tidak pernah ada hujungnya.
Duhai semilir andai benar kau berjiwa sudikah membantuku? Bawakan khabar cinta dan kasih ini untuk dia, bisikkan padanya aku terlalu cintakan dia.
Juga khabarkan padanya aku sentiasa menanti hadirnya sebagai kekal dalam jiwaku, dalam darahku, dalam dagingku...
Duhai semilir, khabarkan pada yang ESA aku bermohon sembah sebagai hamba yang kerdil , lindungi dia dari sebarang keburukan dunia, jangan disakiti tubuhnya dengan bencana dan wabak penyakit.
Lindungi dia dari dari perbuatan sihir, luaskan rezekinya bukakan khazanah gerbang langit dan bumi untuknya, jauhkan dia dari sifat angkuh dan zalim, lembutkan hatinya untuk simpati pada yang perlu.
Tunaikan segala permintaan baiknya, biarpun akan menambah lukaku.. Moga di perkenankan..
5/03/2016
Maafkan aku .......
4/13/2016
Dilemma Rindu Buatmu
Apa khabar kau sayang? Masihkah merindui ku? Insan biasa ini.
Memang aku akui, terlalu banyak kesalahan diri ini pada mu, namun bukan sengaja. Keadaan sekarang terlalu banyak berubah, tugasan kali ini terlalu tinggi komitmennya, suka atau tidak perlu hadapi dengan berani, kena yakin ini ujian buat hamba ini, namun dalam masa yang sama dirimu jadi mangsa keadaan, ada kala keadaan ini buat fikiran selalu tertekan, bukan kerana tugasan tapi rasa berdosa kerana mengabaikan kamu.
Seringkali tertanya dari sudut jauh naluri lelaki ini, mengapa kau perlu menjadi mangsa keadaan, sedangkan kau hanya perlu tempat berkasih dan bermanja. Ia bukan terlalu sukar untuk dilakukan komitmen membatasi segalanya. Namun tanpa komitmen tentu sekali perut ini akan kelaparan, jadi apa harus aku lakukan untuk kamu?
Hela nafas kesal ku hambur, aku mendongak kelangit, memohon agar tuhan turunkan kekuatan dalam diri ini.
Hati ini masih memberontak memaki kekurangan diri ini. Sesekali aku berdoa agar hatimu sabar dalam dugaan ini, moga hatimu kuat untuk terus melayari kasih bersamaku.
Cahaya makin kurang, pohon pohon sekitar kian berbalam sudah lebih satu jam aku disini, berbisik pada alam tentang kekurangan diri gagal menjaga perasaan insan kesayangan sebaiknya.
Jumpa lagi semua, teman baik ku pokok pokok hutan, air kolam, rerumput aku akan datang lagi bila berkesempatan, terima kasih sudi mendengar bicara ku
Untukmu sayang... Maaf seadanya.
Salam sayang dan kucupan mesra di dahimu .
Assalamualaikum .....
3/28/2016
Menggapai rindu...
5.03am
Pagi dingin, aku masih dikelilingi hiruk mesin bagai satu lolongan panjang tanpa putusnya nafas, masih juga aku disini demi sesuap rezeki demi meneruskan perjalanan hidup yang makin suntuk.
Pagi ini juga dalam kejauhan, aku mengenang kamu .. Sejujurnya aku dalam kerinduan asyik dalam mencari kasih mu.
APA mungkin kita akan bertemu lagi dalam versi yang lebih menarik atau sebaliknya?
2/28/2016
Bukan malang, cuma tidak bernasib baik...
Biarpun bukan saudara sebangsa namun dia tetap manusia, apa pun moga tenang disana ... moga dalam rahmat yang maha esa.
Malamnya dibuai lagi perasaan, kata-kata yang tak seiring dengan keadaan, seakan tidak mengerti kesedihan dan kepayahan, seakan mengejek seperti memijak perasaan ketika ia keletihan, terdetik dihati mengapa begini? satu lakonankah sebuah perasaan, hanya mainan kata-katakah setiap sayang yang terhambur, mengapa ketika ini dilepaskan mengapa saat itu dilafazkan sedangkan semangat perlu pulih, ketika sokongan didamba.... Tapi itu jua saatnya segala ditarik.....
Aku tersenyum sendiri, sedih sebelum mentari tenggelam tadi aku terima, ia cabaran buatku. ia benih kekuatan buatku, hidup ini tanpa cabaran bagai makanan tiada garam, dan aku bersedia untuk itu.
Malamnya bicara bisa dari susunan ayat benar benar buat aku semakin pedih.. tapi kini aku juga senyum... ini ujian, ujian buat aku , biarlah .. andai itu pilihan aku diamkan, mungkin ia perlukan masa aku perlu sabar, mungkin akan ada penjelasan selepas ini.... apa pun rindu itu masih tetap dihati, cuma sekarang aku perlu berehat, mata ini perlu dipejamkan tubuh ini perlu dibaringkan..... jumpa lagi
SAYANG..... dan ini buat mu....
Menjunjung kasih cinta setia
Biar luka jemala hamba
Membuai rindu santapan kalbu
Asal dapat sentuh bayangmu
Sulaman emas kebaya labuh
Untuk puteri berpadan sungguh
Mabuk kepayang sekelip mata
Jangan hamba dianggap gila
Ingin membina istana dari permata
Malang sekali hamba tak punya apa
Ingin mencoret warkah bertinta emas
Tapi sayang tiada indah bahasa hamba
Hanya mencoret warkah usang
Untuk melepas kasih dan sayang
Jangan hamba dianggap gila
Niat suci di hati hamba
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-puisi-untuk-sang-puteri-alleycats.html#ixzz41OtOomZD
Tiada manusia ingin berkongsi duka melainkan dia benar-benar mengerti
Dihambat masa
4:03am
28 Feb 2016
2/22/2016
Ini Wilayah rindu..!?
1/19/2016
Selamat Tahun Baru...
Assalamualaikum,
Selamat tahun baru semua.. Apa dah terlambat?.. Hehe maaflah tak sengaja lambat untuk ucapkan selamat tahun baru, tapi rasanya Januari masih belum berakhir.
Ahh.... Lantak lah, peduli apa... Yang penting tahun 2016 ni akan lebih mencabar buat semua, lebih cukai lebih masalah lebih tekanan dan brrr.. Jenuh nak taip.
Ok lupakan pasal masalah, fikir pasal cukai? Tak ada makna. Jadi nak fikir pasal apa?... Rasanya tak payah fikir kot kita buat tak tau je, bangun pagi kita pergi kerja balik malam, sambung kerja kat rumah atau buat part time, cukup bulan gaji masuk lepas tu kerja lagi..
Pendek kata selagi belum tutup mata kerja kerja kerja...
Kitaran hidup manusia memang macam tu agaknya, aku agak je korang agak macam mana Hehe..
Ok buat kawan kawan dan yang bukan kawan kawan yang special yang baca blog ni Ermm... Aku tak janji apa apa cuma aku akan berusaha untuk mengupdate blog ni serajin mungkin, aku akan cuba lebih kerap pergi memancing, yang pasti bukan guna umpan cengkerik dalam tin lagi, tak power langsung Haha, buat sakit hati je guna. Untuk warkah cinta psikiatri humm... Rasanya part ni aku pernah cadang nak tutup je, tapi ada yang kata jangan sebab ia menarik, Hah menarik? Aku pun tergamam dengar rasa macam nak lempang diri sendiri je, sebab kurang percaya, ok tak apa aku teruskan. Ok lah, rasanya dah lenguh jari menaip, hmm.. Makan nasi pun tak lenguh macam ni Hehe.
Whatever aku berambus dulu, korang jaga diri baik baik tau, sekarang ni heboh kes culik orang ni jual entah kat mana.
Apa pun selamat tahun baru semua Haha.... Pis all.... ✌
1/16/2016
nak cerita apa?
12/18/2015
Hari Ketiga.
Tapi pagi ini, semuanya kosong.
Kata manis mu tiada, panggilan sayang mu tiada, ucapan salam mu tiada, ruang hatiku kosong hampa.
Apa pun aku tetap nantikan nya, tetap akan menunggu saatnya tiba untuk nikmati hari-hari indah seperti sebelumnya.....
Malam ini aku terpaku, perasaan duka memecah empang air mataku, tak sanggup rasanya melihat kau derita sayang,
ingin ku belai kau jauh...
moga segalanya akan kembali seperti sediakala...
edit
19/12/15
SP
Hari Kedua
Tubuh lesu bersandar didinding sejuk, kata-Kata bukan lagi teman sejati.
Dunia ku bungkam tanpa ketawa mu tanpa rajuk mu.
Kau berbaring, bergelentang berteman airmata, aku pilu berteman rindu yang meyiksa...
Percayalah aku bersamamu, kita satu biarpun jauh kita, sama biarpun hakikatnya berbeza.............
andai kita dalam hari-hari biasa, tentu aku sedang merenung matamu..
atau mungkin kau sedang menggangu perasaanku, kau nakal.. ya nakal aku tetap kenang itu sebagai kamu.
pagi jumaat yang sepi..
From ZTE Blade Q Lux
12/16/2015
Hari Pertama
Esok, dalam kecerahan pagi.. kau akan pergi..
Esok, akan bermula hari-hari sunyi tanpa gurau mu,
Esok, aku akan mula merindui kenakalan mu,
Esok, tiada lagi rajuk mu,
Esok, aku akan mula rasa, aku akan kenal apa itu rindu
Esok , aku akan menghitung hari-hari menanti detik kepulangan,
Apa pun aku berharap kau akan baik-baik sahaja,
Semangat ku akan bersama mu,
Semangat ku akan meresapi segenap urat nadi mu,
Apa pun yang akan ku rasa biar ia tetap di sini...
asalkan kepulangan mu nanti bersama kebaikan..
jumpa lagi sayang..
Decoctions of Jimsonweed Slimy trailing plants distil Claustrophobia and blood mixed seed Cursed downstairs against my will Cobweb sticks to molten years Cockroaches served with cream I wipe the silver bullet tears And with every tear a dream With every tear a dream... Honey tea, psilocybe larvae Honeymoon, silver spoon Psilocybe tea Energy trickles with the tide Masterminds and the suicide squad Drink acid water by my side Stake the saviour of their daily fraud Overfilled toothpaste tubes Sleepless and timeless faces Drippety drop on sugar cubes The one eyeds eye twinkles and gazes Twinkles and gazes... Honey tea, psilocybe larvae Honeymoon, silver spoon Psilocybe tea



