Kalendar Ekonomi

Real Time Economic Calendar provided by Investing.com.

6/19/2017

Bicara jiwa luka Bab 01

Lesu dalam pembaringan,
keletihan buat mataku kian berat.. 
Namun rindu padamu buat ia sukar untuk aku menyelinap ke alam mimpi,  mataku kaku menatap siling putih. 
Otak lu ligat mengestrak kenangan demi kenangan dari saat mula bicara kenal hingga bait² kata terakhir segalanya berputar mengabstrak,  aku teroka satu demi satu, menilai jauh ke dalam diri,  aku fahami... Aku sebenarnya telah meletakkan diri dalam kancah kebodohan tersendiri, mana mungkin satu Ratna mendambakan aku,  aku dalam dunia tersendiri,  penuh dengan kekotoran. Berbicara dari sudut sepi dari satu jiwa yang tidak pernah kenal tentang diri sendiri,  namun mencari angan untuk berada disisi kamu yang dalam kemuliaan.. 
Apakah aku tidak pernah sedar semua ini? Jijiknya sepasang mata yang merenungku?  Jelas aku cuma bermimpi untuk segalanya..  
Apa pun terima kasih,  beri aku peluang untuk beberapa ratus hari, hari² itu tetap dalam mimpi ku,  hari² itu tetap akan menjadi sejarah terbilang dalam hidupku. 
Aku tak perlu apa² lagi..  Cebis² jasad ku nanti akan jadi ulasan gembira buat kamu, kerana tiada lagi pendoa hina ini bertanya kabar kamu, tiada lagi bait² bicara yang menghadirkan simpati, tiada lagi semuanya..  Semoga kamu berlapang dada dan penuh kebahagiaan. 
Semoga doa² ku akan kekal dilangit itu sehingga matahari tidak lagi terbit, sehingga pasak² bumi ini hancur...  Berbahagialah kamu, sesungguhnya aku berharap begitu, semoga Yang Teragung mengabulkan nya, bait² doa dari gelumangan lumpur kotor dan busuk.
Untuk aku?  Sementara masih tersisa hayat ini,  biarlah aku membelah angin...  Biar aku meneroka aspal..  Dan khabar gembira itu akan muncul buat kamu. Terima kasih..  
Untuk beberapa ratus hari ini,  keasyikannya membuat aku rindu.

No comments: